Seorang lagi meninggal dunia angkara Rabies di Serian 0 5689

KUCHING: Seorang wanita berusia 21 tahun dari Kampung Koran Bari, Serian menjadi korban terbaharu rabies di negeri ini.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media hari ini berkata mangsa itu meninggal dunia pada jam 5 pagi Khamis.

“Kes baru ini mempunyai sejarah digigit anjing peliharaan sendiri di bahagian lengan kanan ketika cuba memandikan anjing tersebut pada 20 April 2018.  “Kes mendapatkan rawatan luka dan suntikan anti-tetanus di Hospital Serian pada malam kejadian dan telah dinasihati untuk mendapatkanrawatan lanjut di Klinik Gigitan Anjing, Hospital Serian pada keesokan hari,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak pergi ke klinik tersebut dan  anjing yang menggigitnya adalah seekor anjing liar yang diambil dan dipelihara oleh ayah kes tiga minggu sebelum kejadian ini berlaku. Anjing tersebut juga didapati tidak pernah menerima sebarang vaksinasi anti-Rabies.Pada 20 Mei 2018, mangsa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana mengalami kesakitan dan lemah di bahagian bahu kanan selama empat hari. 

Dia seterusnya dimasukkan ke wad pengasingan HUS.”Keadaan kes menjadi semakin teruk dengan menunjukkan simptom halusinasi, demam dan telah hilang refleks pada kedua-dua belah tangannya,” katanya.

Sebab kematian adalah Rabies Encephalitis.  Sampel klinikal kes telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM pada 31 Mei 2018 dan disahkan positif rabies.Ia menjadikan jumlah kes rabies yang disahkan berlaku dalam kalangan manusia pada 2018 seramai lima kes dan kesemua kes telah meninggal dunia.

Semenjak pengisytiharan wabak rabies di Sarawak bermula pada 1 Julai 2017, jumlah keseluruhan kes rabies yang disahkan di kalangan manusia ialah 11 orang. 

Daripada jumlah tersebut, 10 kes telah meninggal dunia, manakala, satu kes telah didiscaj dari hospital dengan defisit neurologi teruk dan kini dirawat di rumah.Untuk makluman, sehingga 31 Mei 2018, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan 31 buah kawasan di lima bahagian di Sarawak sebagai kawasan dijangkiti wabak rabies.

Bahagian yang terlibat adalah Serian (21 kawasan), Kuching (5 kawasan), Samarahan (3 kawasan) serta masing-masing satu kawasan di Sri Aman dan Sarikei. Kawasan positif rabies terbaru telah diisytiharkan pada 28 Mei 2018 adalah KampungSelarat, Daerah Lundu, Kuching.

KKM ingin menegaskan semula bahawa pencegahan jangkitan rabies pada manusia amat bergantung kepada kejayaan mengawal rabies di kalangan anjing.Justeru, orang ramai perlu memberi kerjasama dengan membawa haiwan peliharaan untuk divaksinasi. Juga diingatkan agar tidak mengambil mana-mana anjing liar yang tidak diketahui status vaksinasinya, untuk dipelihara. 

Selain itu, langkah pencegahan yang paling penting adalah dengan mengelakkan diri dari gigitan anjing atau haiwan liar kerana tiada sebarang maklumat berkenaan status kesihatan haiwan tersebut.Di samping itu, KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi-agensi lain bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dapat dilaksanakan secara menyeluruh.- Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15418

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news