Tiada masalah parti lain buka cawangan di Sarawak- Abdul Karim Hamzah 0 5685

KUCHING – Mana-mana  parti yang berhasrat membuka cawangannya atau datang ke Sarawak – tidak menjadi masalah, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Hamzah.

Bagaimanapun dalam merujuk kepada hasrat Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kemungkinan parti itu melebarkan sayapnya ke Sarawak, katanya beliau sedikit hairan kerana menurutnya ketika ini Pakatan Harapan (PH) sudah pun wujud di Sarawak.   

“Mungkin Tun tidak begitu percaya kepada PH negeri, sebab itu dia mahu bawa parti dia sebab dia tidak percaya dengan DAP serta PKR Sarawak, itu apa yang saya rasa. Apa pun kita lihat dahulu, lebih banyak lebih meriah,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai Festival Rainforest Fringe di sini.

“Sarawak terbuka kepada semua, tetapi sama ada rakyat Sarawak mahu menerima atau tidak, itu terpulang kepada parti yang hendak mengembangkan sayapnya itu. Saya percaya rakyat sudah cukup matang dalam hal politik,” katanya. 

Semalam, Dr. Mahathir dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM berkata, parti itu bercadang melebarkan sayapnya ke Sarawak bagi memenuhi permintaan rakyat negeri itu yang mahukan ia bertapak di negeri berkenaan. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15409

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news