UiTM lancar satelit pertama di angkasa lepas  0 5810

Hassan Said (kanan), Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Prof. Ir. Dr. Mohd. Nasir Taib (dua dari kiri) menyaksikan siaran secara langsung pelancaran roket SpaceX Falcon 9 yang membawa satelit nano pertama universiti itu, UiTMSAT-1 di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) awam pertama di negara ini yang melancarkan nano-satelit, UiTMSAT-1 tepat pukul 5.46 petang hari ini. 

Pembangunan UiTMSAT-1 itu merupakan hasil projek kolaborasi pasukan universiti itu yang diwakili Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami dengan pasukan daripada Bhutan dan Filipina di bawah program Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2). 

Malah, Bhutan dan Filipina masing-masing turut menghasilkan satelit nano mereka sendiri itu BHUTAN-1 dan MAYA-1. 

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. 
Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, pelancaran UiTMSAT-1 itu berjaya disempurnakan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat menerusi roket SpaceX Falcon 9. 

“UiTMSAT-1 ini akan dibawa Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dan dijadualkan akan dilepaskan ke orbit pada Ogos ini melibatkan jaraknya 400 kilometer daripada permukaan bumi.

“Pelancaran UiTMSAT-1 ini menandakan permulaan kepada kami untuk lebih serius dalam pembangunan teknologi angkasa lepas sekaligus membuktikan kemampuan warga UiTM dalam bidang ini,” katanya
Beliau berkata demkian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bank-Satelit UITMSAT – 1di UiTM Shah Alam di sini hari ini. 

Turut hadir Pengarah Pusat Satelit Komunikasi, Prof. Madya Ir. Dr. Mohamad Huzaimy Jusoh.

Hassan berkata, UiTM menjadi universiti pertama di Malaysia yang melancarkan satelit buatan sendiri dengan kos yang lebih rendah berbanding satelit komersil yang mana ia merupakan objektif utama UiTM dalam kerjasama tersebut.  

Katanya lagi, pelancaran nano-satelit itu menyumbang kepada rancangan jangka masa panjang UiTM untuk menjadi perintis dalam bidang aeroangkasa seterusnya membolehkan Malaysia menuju ke arah ‘space-faring nation’. 

“Projek kerjasama BIRDS-2 ini membawa kepada penubuhan Pusat Satelit Komunikasi (UiTMSAT) di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan satelit dan teknologi angkasa,” ujarnya. - Kosmo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15409

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news