Warga emas maut, kereta bertembung 0 6341

LIMBANG: Seorang pemandu warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta bernombor pendaftaran Brunei, berhampiran Kampung Agong Tua di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Chin Siaw Theh 87 maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan di beberapa bahagian badan dalam kemalangan yang berlaku jam 3.30 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata selain mangsa, kereta tersebut turut dinaiki tiga penumpang lain iaitu dua lelaki dan seorang perempuan yang terselamat dalam kemalangan itu.

“Seorang pemandu dan penumpang yang menaiki sebuah kereta bernombor pendaftaran Brunei juga terselamat dalam kejadian itu,”katanya.

Jelasnya ketika kejadian kereta yang dinaiki mangsa dari arah Limbang menuju ke Tedungan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam semak berhampiran.

Beliau berkata seramai tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Zakaria Mat Nor membabitkan dua buah kenderaan bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.30 petang.-Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news