Bomoh hujan dari Semenanjung menyerah kalah, tewas kepada ilmu lelaki dari Kota Samarahan 0 8996

Tahukah anda setiap kali ada apa saja acara atau majlis yang melibatkan orang kenamaan atau VVIP yang datang dan sekiranya hari mahu hujan, pastinya bomoh hujan akan dipanggil untuk menahan hujan daripada turun.

Ok apa yang penulis tulis ini sememangnya berkaitan dengan bomoh hujan. Ia adalah cerita benar yang berlaku 17 tahun yang lalu di Kota Samarahan.

Bagi yang belum tahu, pada tahun 2001 Kota Samarahan telah dipilih sebagai tuan rumah Hari Kebangsaan peringkat Kebangsaan tanggal 31 Ogos 2001

Aoa yang menariknya, buat pertama kali Kota Samarahan menganjurkan salah satu acara terbesar di Malaysia. Antara pemimpin-pemimpin yang hadir ketika itu adalah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. Selain itu penyanyi tersohor Malaysia Datuk Siti Nurhaliza turut diundang bagi membuat persembahan dan menghiburkan warga Kota Samarahan.

Penulis ketika itu baru saja berusia 19 tahun. Ditugaskan untuk memanggang ayam panggang dan menjualnya kepada orang ramai yang hadir bagi memeriahkan sambutan ambang merdeka.

Jam ketika itu sudah menunjukan 6 petang. Hari mulai gelap, ditambah lagi awan hitam yang sedang berkumpul banyaknya. Mungkin sekejab lagi hujan akan turun.

Aku mula berasa bingung. Kalau hujan turun habislah. Mesti ayam panggang yang dijual tidak laku. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sememangnya aku kenali berkata, “Jangan risau, hujan tidak akan turun malam ini,kau tengok kat depan sana….”

Aku hanya menggeleng kepala, bila lelaki yang aku anggap sebagai pakcik itu mengatakan hujan tidak akan turun malam ini. Sedangkan pada hakikatnya awan hitam sudah banyak berkumpul diatas dan bila-bila saja hujan akan turun.

Aku terus memandang kat depan sana. Seperti dikata pakcik. Aku bertambah hairan dan pelik bila secara tiba-tiba muncul seorang lelaki tua yang berkopiah berusia lingkungan 60an duduk bersila sambil membawa kemenyan. Bertambah aneh bila lelaki tersebut mengangkat tangan ke udara seperti menahan sesuatu. Sambil mulutnya membaca sesuatu.

Aku bertambah hairan, lalu bertanya kepada pakcik. “Siapa lelaki itu Pakcik? Mengapa dia duduk di tengah jalan…” Pakcik pun menjawab, “Itulah bomoh hujan.. Kau tengok malam ini hujan pasti tak akan turun. Sebab dia dah tahan hujan daripada turun…”

Aku hanya menggeleng kepala. Dalam hati aku berkata, “lantak kau lah. Janji hujan tak turun malam ini… dan yang paling penting ayam panggang dijual oleh aku laku habis malam ini..”

Selepas itu aku pun terus membuat kerja aku. Memanggang ayam panggang dan menjual kepada orang ramai yang datang ke lokasi ambang merdeka. Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Syukur alhamdulilah malam ini aku pecah rekod apabila berjaya menjual sekitar 350 ekor ayam. Aku tersenyum kerana memang sasaran aku mahu habiskan ayam yang aku jual awal. Sebab aku nak tengok Siti Nurhaliza menyanyi.

Tiba-tiba pakcik aku menyapa aku dari belakang dan berkata, “Betul tak apa aku cakap, hujan tak akan turun sebab orang tu dah tahan hujan…” Aku hanya tersenyum….dan terlihat pakcik yang dikata bomoh hujan tadi duduk bersila sambil menghisap rokok gudang garam.

Memang cukup mengujakan. Malam tersebut hujan tidak turun dan program berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah. Puluhan ribu orang awam yang datang bersyukur kerana hujan tidak turun, kerana mereka menyangka hujan akn turun bila melihat keadaan awan dan cuaca.

Jadi cerita mengenai ambang merdeka sudah pun selesai dan keesokan harinya iaitu 31 ogos ada satu lagi acara yang penting iairu acara perbarisan kontijen di Stadium Samarahan yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak.

Aku seperti biasa diarahkan untuk datang dan menjual ayam panggang
lagi. Namun secara tiba-tiba pakcik cakap, jangan jual hari ini. Sebab hujan akan turun.

Aku merasa pelik dan terus melihat ke depan. Bomoh hujan semalam masih ada di sana sambil mulutnya tekumit-kumit membaca mentera dan mengangkat tangannya ke udara.

Pakcik pun berkata, “Kau tengok lah nanti apa aku akan buat. Semalam bomoh hujan itu berjaya tahan hujan. Jadi hari ini dia tak akan berjaya walaupun hebat mana ilmu yang dia guna untuk tahan hujan…

Pakcik pun berdiri di tengah jala dia terus membaca mantera dah secara tiba-tiba membuang segenggam garam kasar ke tengah jalan.

Aku bertambah pelik, hujan terus turun dengan lebat sebaik saja garam kasar dibuang pakcik. Bertambah lucu bila aku melihat bomoh hujan tadi basah kuyup ditimpa hujan.

Susulan daripada hujan lebat tersebut, banyak kontijen yang mentertai perbarisan tersebut basah.

Selepas seminggu kejadian berkenaan, tiba-tiba aku melihat cerita tentang bomoh hujan berkenaan dimuatkan dalam Akhbar Berita Harian. Antara isi kandung yang dicerita oleh bomoh hujan tersebut adalah seperti berikut

“Untuk ambang merdeka saya berjaya tahan hujan tanpa gangguan. Tapi keesokan hari nya ada seseorang lelaki yang mengganggu saya menahan hujan. Saya sudah berusaha untuk menahan hujan. Tapi ilmu lelaki tersebut cukup tinggi dan saya tidak mampu untuk menghalangnya….”

-Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10618

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 13001

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news