News
Terkini: 3 lelaki maut insiden runtuhan dan letupan di City One Megamall
Previous ArticleTerkini: Rakaman CCTV runtuhan dan letupan di City One Megamall
KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.
Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.
Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2020, selepas ia dibaca kali kedua oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.
RUU Perbekalan Tambahan itu adalah bagi menampung perbelanjaan tambahan negeri berjumlah RM388.21 juta.
RUU itu disokong oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – Berita Harian