13 fakta menarik di sebalik tugas anggota bomba dan penyelamat yang tidak pernah didedahkan 0 8615

Pernah atau tidak anda tertanya-tanya tentang tugas dan tanggungjawab seorang anggota bomba dan penyelamat?

Hal ini kebanyakan daripada kita hanya tahu bomba bertanggungjawab untuk memadamkan kebakaran sahaja. Namun, sebenarnya anggota bomba menggalas tugas yang berat.

Hal-hal seperti menangkap haiwan berbisa di dalam rumah, menyelamatkan anak kucing di atas pokok, membaiki paip saluran, memotong besi dan sebagainya menjadi salah satu tugas yang mereka galas. Oleh yang demikian, pakaian seragam mereka perlulah hebat!

Di sini kami ada mengumpul fakta menarik tentang pekerjaan anggota bomba dan penyelamat, dan ia pasti mengubah pendirian anda tentang profesyen yang hebat ini.

#13. Pakaian seragam mereka tahan sehingga suhu mencecah 2200°F (1204.444°C)

Seragam anggota bomba dibuat daripada material khas yang mampu menahan suhu sehingga mencecah 2200°F (1204.444°C), dan ia melindungi manusia daripada asid yang likat dan penyerapan alkali.

#12. Tiada misai atau aksesori (tindik) di muka

Anggota bomba perlu memakai topeng oksigen. Menurut undang-undang keselamatan, bahagian muka perlulah bersih (tidak boleh ada misai, janggut, tindik) supaya topeng itu muat dipakai dengan sempurna.

#11. Tiada sebarang bunyi dan penglihatan kabur di bangunan yang mengalami kebakaran

Di dalam filem, anggota bomba boleh mengesan dan mengenalpasti bangunan yang terbakar dengan cepat dan pantas menanggalkan topeng oksigen menyelamatkan orang yang mengalami kecederaan.

Realitinya, anggota bomba tidak boleh sewenang-wenangnya membuka topeng oksigen kerana mereka sendiri akan tercungap-cungap kerana asap tebal dan beracun.

Mereka juga tidak dapat melihat dan mendengar sebarang bunyi di tempat kejadian. Jadi, agak sukar untuk mereka mengesan lokasi orang yang menjerit meminta pertolongan.

#10. Terdapat 5 hingga 30kg beban yang ditanggung oleh anggota bomba di badan mereka

Hal ini bergantung kepada material pakaian seragam tertentu dan kelengkapan yang didatangkan dengan pakaian seragam berkenaan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa anggota bomba hanya boleh bekerja jika tahap fizikal mereka baik dan cergas.

#9. Terdapat golongan wanita terlibat dengan profesion ini sejak tahun 1800

Molly Williams merupakan wanita pertama yang menjadi anggota bomba sebaris dengan golongan lelaki pada awal abad ke-19. Kemudian, muncul briged wanita. Natijahnya, tidak semua lelaki boleh melakukan kerja-kerja sebegini.

#8. Mereka bersedia membantu dalam pelbagai situasi

Sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, tugas bomba bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran. Mereka sebenarnya penyelamat sewaktu kejadian bencana alam, menjadi tukang paip, tukang elektrik, mekanik, ahli psikologi dan pekerja perubatan jika berlaku kemalangan sebelum ambulans tiba.

Di sesetengah negara, jentera kebakaran mereka sangat hebat kerana dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk aktiviti menyelamatkan mangsa.

Selain itu, anggota bomba juga pandai menyesuaikan keadaan dengan kemahiran mereka. Misalnya, semasa menyelamatkan kanak-kanak, mereka perlu memastikan kanak-kanak itu berasa selamat, tenang dan tidak berasa terancam.

#7. Mereka juga menyelamatkan haiwan

Jabatan bomba kini menerima banyak aduan untuk menyelamatkan binatang peliharaan mahupun haiwan liar yang mengalami kesusahan.

Jika lembu terjatuh ke dalam parit, anjing terjatuh ke dalam perigi, kucing tidak boleh turun daripada pokok, ular menyelinap masuk ke dalam kediaman, dan sebagainya, pasti anggota bomba datang menyelamatkan keadaan. Bayangkan jika mereka tiada untuk membantu…

#6. Syif bekerja lebih 24 jam

Kebiasaannya, syif kerja mereka adalah 24 jam, dengan waktu rehat selama 48 jam atau 10-12 jam selama 3-4 hari berturut-turut. Namun, sekiranya berlaku kebakaran besar dan kecemasan lain, anggota bomba perlu bekerja tanpa rehat, lebih daripada sehari.

#5. Perlu menyarungkan pakaian seragam secepat mungkin

Anggota bomba perlu cepat memakai pakaian seragam mereka jika berlaku sesuatu. Oleh yang demikian, baju seragam mereka perlu disimpan dalam cara yang mudah untuk mereka memakainya. Ia juga termasuk dengan but dan topi keselamatan.

#4. Sebelum ini, pakaian basah membantu menghentikan kebakaran, tetapi kini sebaliknya

Dahulu, anggota bomba di Jepun menggunakan teknik memadamkan kebakaran dengan memasuki bangunan yang terbakar dengan pakaian basah sementara meruntuhkan dinding bagi menghalangkan api daripada merebak.

Kini, air dibawa bersama dengan anggota bomba dan ia boleh bertahan sehingga 5 ke 10 minit. Waktu ini cukup untuk memadamkan kebakaran, dan jika sebaliknya, pihak bomba akan mendapatkan bantuan pada pili dan tasik berhampiran untuk mengepam air. Mereka mengehadkan masa paling minimum untuk memadamkan api seboleh mungkin.

#3. Rumah yang mempunyai ruang yang besar, kurang pintu dan dinding akan lebih cepat terbakar

Memadamkan kebakaran rumah pada zaman dahulu adalah lebih mudah daripada zaman sekarang. Di Barat misalnya, rumah pada zaman dahulu mempunyai jumlah bilik, pintu dan dinding yang banyak membuatkan ia membantu mengurangkan api daripada merebak.

#2. Lebih banyak sukarelawan daripada anggota bomba profesional

Di kebanyakan negara, para sukarelawan bekerja di jabatan bomba kerana pihak kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menggajikan anggota. Contohnya, di Chile, 10 daripada 1000 orang bomba adalah sukarelawan yang dibayar secara bulanan dan menerima latihan khas. Mereka digelar Bomberos. Di sesetengah negara pula, anda perlu mempunyai diploma atau pendidikan tinggi dan perlu menduduki latihan khas.

#1. Adakah anjing Dalmatian merupakan anjing rasmi jabatan bomba?

Zaman dahulu di US, anjing Dalmatian digunakan oleh briged bomba untuk menyalak dan membantu mengosongkan jalan bertujuan untuk membolehkan kuda melalui jalan. Baka berkenaan dipilih berdasarkan keberanian tinggi, kebolehan belajar sesuatu dengan cepat dan keupayaan mereka mengenalpasti ‘bahasa’ haiwan lain.

Kini, anjing berkenaan menjadi simbol penyelamat kebakaran, tetapi ada juga baka lain yang turut ditarik masuk ke dalam jabatan bomba. Sudah menjadi tugas anjing untuk mencari mangsa menerusi deria pendengaran dan hidu yang kuat.

Ingat ya, tugas seorang anggota bomba bukanlah satu karier yang mudah. Mereka juga sanggup merisikokan nyawa dan keselamatan diri sendiri asalkan mereka berjaya menyelamatkan orang yang ditimpa kesusahan.

Jadi, sama-sama kita hargai pengorbanan anggota bomba dan sentiasa memberikan kerjasama kepada mereka.

Era Baru

Begitu Luas Tugas Seorang Anggota Bomba Sehingga Kadang Tidak Terfikir Langsung Oleh Kita

Kalau kita selama ini rasa kerja kita susah cuba kita lihat bidang tugas anggota BOMBA.

Secara peribadi saya rasa anggota bomba ini sangat multi tasking. Tak perlulah kita lihat tugas hakiki mereka iaitu memadamkan kebakaran. Tugas mereka melangkaui lebih dari itu.

Dari menyelamatkan mangsa kemalangan jalanraya sampai ada kes memotong cincin di kemaluan lelaki pun perlukan bomba. Terperangkap dalam lif panggil bomba, sesat kat hutan panggil bomba.

Akhir-akhir ini bomba turut terlibat dalam proses menyelamatkan haiwan. Anjing masuk parit, BOMBA sanggup bantu keluarkan.

Ular sesat masuk rumah BOMBA tolong alihkan. Kucing masuk kolong, BOMBA juga yang tolong.

Buaya salah tempat ‘parking’ tiba-tiba naik ke darat, BOMBA juga tolong tangkap dan relokasi ke tempat baru.

Lembu korban lari menyorok dalam perigi, BOMBA juga tolong keluarkan. Semut api masuk mesin basuh pun dipanggil bomba untuk menyelesaikannya.

Inilah tugas mulia seorang anggota BOMBA. Kita tak tahu makan minum mereka masa bertugas mungkin terganggu saat panggilan kecemasan diterima. Mereka sentiasa bersedia kerana kecemasan datang tak kira masa. Sebab itu jangan mempermainkan mereka dengan panggilan palsu.

Terima kasih tuan puan anggota Bomba

Sumber: Celotehsaje.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 9403

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12165

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news