Keistimewaan Kod K Kad Pengenalan Bagi Orang Sarawak 0 36758

Jika anda warga Sarawak anda wajib baca dan share posting ini. kerana ini adalah “perkara” penting untuk rujukan semua warga Sarawak tidak kira suku, kaum dan etnik.

Seperti yang kita maklum generasi baru Sarawak sering berbangga dengan kod 13 atau kod 52 yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sarawak.

Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 13 atau kod 52 itu bermakna anda anak jati Sarawak. Realitinya kod 13 atau kod 52 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod “K”.

Kod K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod K kelihatan kecil.

Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 13 atau kod 52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod K, maka anda bukanlah anak jati Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H. Dengan Kod K bermakna Sarawak adalah sebuah wilayah atau negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk makluman lagi bukan semua orang yang dilahirkan di Sarawak diberi kod K. Kod K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sarawak dan jika seseorang itu lahir d sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod K

Untuk yang bukan di lahir di Sarawak atau lebih tepat lagi lahir di Semenanjung, dia boleh memohon kod K dengan syarat salah seorang ibu bapa mestilah warga Sarawak.

Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil endah kod K tersebut, tetapi harus diingat kod K adalah harta paling bernilai di Sarawak. Tanpa kod K anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak. Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen. Sekian terima kasih. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10668

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 13019

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news