Tahukah anda sejarah regatta di Sarawak bermula sekitar tahun 1872 semasa era Chales Brooke. Ianya diadakan dengan niat untuk menghentikan peperangan antara suku kaum tempatan di Sarawak.
Charles Brooke kemudian mengarahkan semua suku kaum menyahut cabaran antara satu sama lain dengan menyertai perlumbaan perahu untuk membuktikan siapa lebih berkuasa dan kuat.
Cabaran mengayuh perahu ini berjaya membawa keamanan. Charles Brooke menyeru semua suku kaum menyahut cabaran tersebut tanpa ada unsur keganasan, tetapi dengan penuh semangat kesukanan. Juara perlumbaan perahu ini akan membuktikan yang mereka lebih berkuasa, kuat dan laju.
Apa yang menariknya setiap Kampung-Kampung di seluruh Sarawak akan menghantar wakil mereka untuk bersaing dalam Regatta ini bagi merebut gelaran Raja Sungai.
Sehingga sekarang Regatta Regatta Sarawak tahun 1960[/caption]rawak adalah satu acara wajib tahunan bagi negeri Sarawak dan ia akan diteruskan sampai bila-bila kerana Regatta Sarawak adalah satu identiti Sarawak bagi memperkenalkan Sarawak di mata dunia.