Dirasuk jin penunggu pantai Pasir Pandak 0 15212

Seperti yang kita maklum Pantai Pasir Pandak yang terletak di Santubong adalah antara pantai yang menjadi tumpuan orang ramai.

Pantai ini boleh dikatakan antara tempat yang sesuai untuk beriadah seperti mandi manda dan menikmati alam semulajadi. Namun sejak akhir-akhir ini pantai berkenaan agak kurang dikunjungi kerana keadaan pantai yang kotor disebabkan perbuatan pengunjung yang sesuka hati membuang sampah di pantai dan ditambah lagi beberapa faktor yang tidak diingini.

Untuk makluman pembaca yang sedang membaca aktikel ini, sebenarnya ada 1001 cerita misteri antara yang tersurat dan tersirat apa yang ada dan berlaku di pantai berkenaan selama ini.

Sering kali kedengaran orang kena rasuk oleh entiti seperti jin dan makhluk halus yang tinggal yang tinggal di sepanjang pantai berkenaan.

Menurut cerita penduduk yang tinggal di Kampung Pasir Pandak, mereka yang kena rasuk adalah disebabkan melakukan perbuatan yang salah seperti membuat kekotoran di Pantai berkenaan. Kekotoran yang dimaksudkan adalah seperti membuang sampah merata-merata, kencing sesuka hati di pantai, mulut celupar atau melakukan maksiat atau zina.

Anehnya mereka-mereka yang kena rasuk adalah di waktu malam. Mereka yang kena rasuk ini kebiasaannya terlalu sukar untuk melawan rasukan disebabkan jin atau makhluk halus yang merasuk bukanlah calang-calang.

Pernah terjadi 7 tahun yang lalu di pantai berkenaan. 5 lelaki dan 4 perempuan lepak di pantai berkenaan sekitar jam 1 pagi. Salah seorang lelaki dari kumpulan tersebut dengan selamba kencing sesuka hati di pantai berkenaan.

Anehnya selepas kencing, lelaki berkenaan meraung-raung seperti orang gila dan secara tiba-tiba mata lelaki yang kena rasuk itu menjadi merah.

Melihat perbuatan aneh mangsa, rakan-rakan mangsa segera menangkap mangsa dan cuba menenangkan mangsa. Namun rakan-rakan lelaki mangsa tersungkur kena silat.

Apa yang cukup menghairankan, bagaimana mangsa yang kena rasuk boleh bersilat. Bunga-bunga silat yang digerakan oleh mangsa cukup cantik. Lagaknya seperti seorang pendekar terbilang.

Menyedari mereka tidak berjaya menenangkan mangsa yang kena rasuk. Salah seorang rakan mangsa segera meminta pertolongan penduduk kampung.

Akhirnya pertolongan tiba juga, secara kebetulan ada seorang lelaki yang dikenali sebagai “Sudarman”, (bukan nama sebenar) membantu menenang dan mengarahkan jin yang merasuk dalam badan mangsa keluar.

Namun untuk mengarahkan jin tersebut keluar dari badan mangsa bukanlah perkara mudah. Kerana Sudarman terpaksa bertarung dan mempersembahkan seni silat dengan jin yang merasuk badan mangsa

Pertarungan berlarutan hampir 40 minit. Namun jin tersebut masih juga tidak mengalah dan aksi kedua-dua mereka tidak ubah seperti drama bersiri “Pendekar Kundur”.

Untuk makluman pembaca, Sudarman yang bertarung silat dengan jin tersebut bukanlah calang-calang orang. Beliau cukup mahir dan handal dalam ilmu persilatan. Maka tidak hairanlah beliau mampu menepis setiap gerakan dan serangan jin tersebut.

Setelah pertarungan berlarutan hampir 50 minit. Akhirnya jin tersebut penat dan mengaku kalah. Beliau dengan segera keluar dari badan mangsa.

Selepas itu Sudarman pun berbual kepada jin tersebut yang hanya dapat dilihat oleh Sudarman. Menurut Sudarman punca jin berkenaan merasuk mangsa, disebabkan perbuatan mangsa yang sesuka hati kencing tempat tidur jin tersebut.

Susulan daripada perbuatan kurang ajar mangsa, telah membuat jin tersebut marah. Apa yang cukup menariknya jin yang merasuk badan mangsa telah menyerupai seorang pendekar. Pendekar tersebut adalah salah seorang hulubalang yang cukup handal Sultan Tengah yang memerintah kerajaan Sarawak Darul Hana satu ketika dahulu.

Oleh itu kepada pembaca-pembaca sekalian, tidak kisah tempat mana anda pergi. Janganlah anda membuat kekotoran yang boleh mendorong kemarahan entiti lain di dunia ini. Kerana bukan kita sahaja yang menghuni dunia ini. Sebaliknya ada makhluk Allah lain yang juga tinggal, yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kita. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10225

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12938

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news