Lelaki hampir pengsan dikejar lembaga hitam di Kota Samarahan 0 10670

Kisah yang menyeramkan ini berlaku keatas seorang lelaki dikenali sebagai Frankie (bukan nama sebenar). Pengalaman dia balik sekitar jam pukul 3 pagi pasti tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.

Frankie yang berasal dari Taman Samarindah dikatakan balik menggunakan Jalan Datuk Mohd Musa selepas berjumpa kekasihnya di Kampung Bumbok, Jalan Bau.

Kekasih Frankie difahamkan tidak mahu Frankie balik dan beliau telah menasihati Frankie agar bermalam saja di rumahnya dan tidur bersama adik lelakinya, memandangkan jam sudah hampir pukul 3 pagi.

Namun Frankie tidak mahu, dia tetap berdegil untuk balik juga. Kekasih Frankie terpaksa akur dengan kemahuan Frankie.

Selepas bersalam dengan kekasihnya, Frankie terus menghidupkan enjin motosikal Honda EX5 miliknya dan terus memecut laju seperti seorang mat rempit profesional.

Frankie terus memecut dan memecut tanpa memikirkan apa-apa ketika itu. Namun sesuatu yang mengejutkan Frankie apabila beliau ternampak satu lembaga hitam berdiri di tepi jalan sebelum kilang Hai Ming.

Situasi Frankie ketika itu agak genting dan beliau dapat merasakan yang lembaga itu adalah hantu. Dalam keadaan ketakutan, Frankie terus memecut laju tanpa menghiraukan lembaga tersebut.

Namun apa yang memeranjatkan lembaga tersebut mengejarnya, terbang seperti superman. Maka berlakulah aksi kejar mengejar diantara manusia dan makhluk halus tersebut.

Namun sesuatu yang memeranjatkan Frankie apabila secara tiba-tiba lembaga tersebut sudah berada di tempat duduk motosikal dan memeluk erat pinggang Frankie dari belakang. Gaya lembaga hitam tersebut memeluk tak ubah seperti seorang kekasih yang sedang hangat bercinta.

Frankie menjadi terkejut dengan situasi tersebut, dan serta merta motosikal yang ditunggangnya terbabas ditepi jalan dan Frankie terus tercampak.

Namun Frankie boleh dikatakan bernasib baik dan Tuhan masih memberikan ruang untuk dia hidup. Kalau tak mungkin dia sudah mati atau pengsan.

Frankie tercampak di dalam parit yang dipenuhi air longkang hitam. Susulan daripada kemalangan tersebut Frankie mengalami kecederaan di tangan

Apa yang menghairankan selepas Frankie kemalangan, lembaga hitam tersebut secara tiba-tiba hilang dari pandangan mata Frankie.

Kebetulan ketika di lokasi kemalangan, ada seorang lelaki Cina lalu menggunakan kereta dan membantu Frankie dan terus menghantar Frankie ke hospital untuk menerima rawatan.

Dalam perjalanan Frankie menceritakan apa sebenarnya yang berlaku keatas Frankie. Lelaki Cina tersebut mengeleng-geleng kepala mendengar cerita Frankie.

Menurut lelaki cina itu, kawasan jalan Dato Mohd Musa, dari bulatan batu 8 hingga ke bulatan Samarahan sememangnya keras. Sudah banyak kejadian kemalangan yang melibatkan kematian di Jalan tersebut.

Menurut lelaki cina itu lagi, besar kemungkinan lembaga hitam yang mengganggu Frankie adalah hantu cina seorang perempuan yang mati kemalangan. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10618

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 13001

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news