6 bulan rundingan tol, konsesi – Baru Bian 0 6045

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya diberi tempoh enam bulan untuk memuktamadkan rundingan dengan pemegang taruh berhubung kadar tol dan perjanjian konsesi syarikat lebuh raya di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata beberapa cadangan hasil siri rundingan itu akan dikemukakan untuk penelitian selanjutnya oleh Kabinet.

“Mereka (syarikat konsesi) faham dengan hala tuju Pakatan Harapan (PH) dan terbuka, maka kita akan kembali ke Jemaah Menteri selepas enam bulan.

“Kita akan teliti sekiranya wujud ruang untuk mengkaji semula perjanjian (dengan syarikat konsesi lebuh raya yang ditandatangani sebelum ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH PKR-Johor Bahru) ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Akmal meminta perincian mengenai tekad kerajaan mengurangkan bebanan kos ditanggung rakyat, khususnya menerusi penghapusan kutipan tol lebuh raya di seluruh negara seperti terkandung dalam manifesto PH.

Beliau bertanyakan kesudian syarikat konsesi lebuh raya berkaitan terhadap usaha kerajaan menghapuskan tol memandangkan perangkaan terkini menunjukkan kadar kutipan melebihi kos pembinaan dan operasi.

Menjawab soalan asal Akmal berhubung perincian perangkaan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan, Baru menjelaskan, kos pembinaan bagi 29 lebuh raya yang masih beroperasi sehingga tamat tempoh konsesi berjumlah RM35.14 bilion.

“Kos purata tahunan bagi perbelanjaan operasi untuk 29 lebuh raya ialah RM1.7 bilion, manakala penyelenggaraan rutin dan berkala atau naik taraf, masing-masing adalah RM402 juta serta RM459 juta.

“Oleh itu, jumlah keseluruhan bagi kos operasi dan penyelenggaraan dianggarkan RM2.5 bilion, manakala pampasan yang dibayar dari 1990 hingga 2017 ialah RM5.109 bilion.

“Jumlah hasil tol dari mula operasi sehingga 2017 adalah RM74.654 bilion,” katanya.

Tanpa memberi perincian khusus, Baru berkata, tempoh konsesi bagi dua lebuh raya dijadualkan tamat dalam tempoh 10 tahun, manakala 16 yang lain dijangkakan berakhir antara 11 hingga 20 tahun.

Selain itu, katanya, tempoh tamat konsesi bagi 11 lebuh raya dijadualkan melebihi 20 tahun. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news