Kisah ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu di sebuah perkampungan Melayu di Kota Samarahan. Penduduk kampung gempar apabila seorang lelaki secara tiba-tiba histeria dan menjerit-jerit seperti orang gila.
Difahamkan sebelum mangsa tersebut histeria, mangsa dikatakan baru saja balik dari kerja. Anehnya selepas histeria mangsa menjerit-jerit dalam bahasa cina dan menyebabkan kesemua ahli keluarga mangsa menjadi hairan. Kerana mangsa dikatakan langsung tidak tahu berbahasa Cina.
Melihat mangsa meronta-meronta dan menjerit-jerit, keluarga mangsa meminta pertolongan penduduk kampung untuk menangkap mangsa dan menahan mangsa. Mangsa terlalu agresif dan kalau dibiarkan kemungkinan mangsa boleh mencederakan diri sendiri. Kerana banyak barang di rumah mangsa dipecahkan oleh mangsa.
Setelah hampir 2 jam mangsa histeria dan tiada tanda-tanda mangsa akan sedar, isteri mangsa akhirnya meminta pertolongan bomoh Melayu yang dikatakan cukup handal.
Setelah menunggu hampir 30 minit akhirnya bomoh tersebut sampai dan mulai membuat ritual dengan membaca beberapa mantera bagi menyedarkan mangsa yang histeria.
Menurut bomoh tersebut, penyebab mangsa histeria adalah mangsa dikatakan telah dirasuk oleh entiti atau makhluk halus yang cukup kuat Energy nya. Menurutnya entiti tersebut adalab roh hantu cina seorang wanita.
Bomoh tersebut terus melakukan kerja-kerja menghalau entiti berkenaan. Namun bomoh tersebut tidak berjaya kerana tidak memahami bahasa cina, selain Energy roh hantu cina tersebut yang cukup kuat. Lantas menyukarkan kerja bomoh tersebut.
Melihat dirinya gagal untuk memujuk roh hantu cina tersebut, menyebabkan bomoh tersebut menyerah kalah dan menasihati isteri mangsa agar mencari bomoh cina untuk menghalau roh hantu cina tersebut. Kerana hanya bomoh cina saya mampu menewaskan roh hantu cina tersebut. Atas alasan cina sama cina senang berkomunikasi.
Isteri mangsa akhirnya mencari bomoh cina di sekitar Kota Samarahan. Setelah mencari hampir 39 minit, akhirnya isteri mangsa berjaya jumpa bomoh cina dan terus memberitahu bomoh cina tersebu yang suaminya telah dirasuk roh hantu cina seorang wanita.
Isteri mangsa terus membawa bomoh cina tersebut ke rumah. Sampai saja di rumah mangsa, bomoh tersebut terus melakukan ritual dan membaca beberapa ayat mantera dalam bahasa cina.
Setelah bertarung hampir satu jam dan berkomunikasi dalam bahasa cina, akhirnya bomoh cina tersebut berjaya memujuk roh hantu cina tersebut keluar dari badan mangsa dan akhirnya mangsa pulih sediakala.
Menurut Bomoh Cina tersebut, hasil komunikasi beliau dengan roh hantu cina tersebut, roh hantu cina tersebut mengatakan bahawa mangsa bersikap kurang ajar kerana kencing di tepi kuburnya. Hantu cina tersebut menjadi marah lalu merasuk ke dalam badan mangsa.
Jadi kepada pembaca-pembaca yang dihormati semua, jika mahu membuang air kecil seeloknya sila tengok kiri, kanan, depan dan belakang. Kerana ada makhluk lain yang menghuni di dalam dunia ini. Kemungkinan tempat yang kita kencing tersebut adalah tempat tinggalnya. – Kamek Miak Sarawak