Masih lagi dara walaupun sudah 3 kali berkawin 0 7669

Kisah ini berlaku suatu ketika dulu di sebuah perkampungan Melayu di Pedalaman Sarawak sekitar tahun 80an

Dayang (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis yang cukup cantik. Kecantikan Dayang tiada tolok tandingannya. Justeru tidak menghairankan jika Dayang menjadi siulan dan rebutan para jejaka.

Namun di sebalik semua itu, ada satu perkara yang amat menyedihkan dan cukup misteri tentang Dayang.

Dayang sudah 3 kali berkawin dan 3 kali menjadi Janda. Entah mana silapnya, tiada siapa yang tahu. Tapi perkara yang amat pelik terjadi adalah mana-mana lelaki yang berkawin dan becerai dengan Dayang, pasti akan mati atau sakit.

Menurut cerita 2 bekas suami Dayang menjadi sakit selepas becerai dengan Dayang. Seorang lumpuh sebelah badan dan seorang lagi menjadi bisu dan tidak dapat bercakap sehingga sekarang.

Manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Justeru mendengar perkhabaran yang kurang enak tersebut, menyebabkan banyak lelaki tidak berani mendekati Dayang. Walaupun ada keingginan dihati mereka untuk memperisterikan Dayang.

Untuk makluman para pembaca, Dayang sendiri tidak tahu mengapa perkara misteri ini terjadi terhadapnya dan mengapa sial ini masih melekat di dalam badannya sehingga sekarang.

Menyedari miteri dan sial masih melekat, menyebabkan Dayang pun berjumpa seorang dukun wanita yang cukup terkenal.

Dayang pun menceritakan misteri dan sial yang menimpanya selama ini. Menurut Dayang, ketiga-tiga bekas suami tidak pernah menyentuhnya.

Menurut Dayang lagi, setiap kali bekas suaminya mahu melakukan hubungan intim,pastinya tidak akan jadi dan kesemua bekas suaminya menjadi marah.

Kesemua bekas suami Dayang tidak akan nampak “barang” Dayang. Walaupun Dayang sudah bersedia sepenuhnya untuk memberi barangnya.

Menurut cerita Dayang lagi, Dia sendiri nampak barangnya. Apa yang cukup pelik adalah kesemua bekas suaminya langsung tidak nampak. Seolah-olah barang Dayang ditutup oleh sesuatu.

Setelah mendengar cerita Dayang, Dukun tersebut pun berkata, misteri dan sial Dayang akan dapat dibuang jika Dayang mengikut arahannya.

Dukun pun mengarahkan Dayang membuka kain dan mahu melihat sendiri benar atau tidak barang Dayang tidak nampak.

Dayang pun membuka kainnya untuk dilihat oleh Dukun. Selepas itu Dukun cukup terkejut memang benar apa di cerita oleh Dayang. Barang Dayang langsung tidak nampak, Seolah-olah ditutup oleh sesuatu.

Menyedari perkara yang cukup misteri tersebut dan terjadi di depan matanya, Dukun tersebut telah mengarahkan Dayang Supaya datang ke rumahnya esok hari iaitu malam Jumaat.

Menurut Dukun, Dayang mesti datang membawa 3 ekor ayam Kampung hitam untuk dia melakukan ritual yang akan di beritahu nanti.

Keesokan harinya Dayang datang membawa 3 ekor ayam Kampung yang berwarna hitam. Dukun pun mengarahkan anaknya menyembelih kesemua ayam itu dan ditadah kesemua darah ayam tersebut di dalam sebuah dulang.

Selepas itu kesemua darah tersebut di tuang di dalam baldi yang penuh dengan air dan di dalam nya terdapat 7 macam jenis bunga.

Menurut Dukun, Dayang mesti mandi air bunga 7 macam bercampur darah 3 ekor ayam itu untuk membuang sial dan menghalau saka yang menemaninya selama ini.

Dukun pun membawa sesuatu, kemungkinan mentera dan tanganya terus mencapai “Gayung” dan terus memberi mandi Dayang. Apa yang peliknya, Dayang yang terkena air bunga tersebut terus menjerit seperti dirasuk sesuatu.

Selepas diberi mandi air bunga, Dayang terus pengsan. Dukun pun membawa Dayang ke dalam biliknya untuk dibersihkan.

Selepas 3 jam pengsan akhirnya Dayang tersedar. Dukun pun memberitahu Dayang, bahawa Dayang sekarang sudah bebas dan tiada lagi sial. Barang Dayang sudah dapat dilihat.

Menurut Dukun, selama ini Dayang telah ditemani oleh saka arwah moyangnya.Saka tersebutlah yang telah menutup barang Dayang dari pandangan mata kesemua bekas suaminya.

Menurut cerita, selepas sial dan saja dibuang, kini Dayang hidup bahagia bersama suaminya. Dayang dan suaminya kini memmpunyai 7 orang Cahaya mata – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10655

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 13015

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news