Suspek pecah masuk kedai gunting ditangkap 0 6083

BAU: Lelaki ‘bertudung’ yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memecah masuk sebuah kedai gunting rambut, di sini berjaya dicekup polis kurang daripada 24 jam kes dilaporkan.

Ketua Polis Daerah DSP Poge Nyaon berkata kejadian pecah masuk tersebut hanya disedari oleh pemilik kedai iaitu sekitar pukul 9 pagi semalam dan terus melaporkan kepada polis.

Bertindak atas laporan tersebut suspek berusia 31 tahun itu berjaya ditangkap di Kampung Pangkalan Bau, selepas dikenalpasti menerusi rakaman CCTV di premis tersebut kira-kira pukul 1.45 petang hari yang sama.

“Semakan melalui rakaman CCTV di bahagian dalam kedai mendapati suspek ialah seorang lelaki menggunakan tudung di kepala dan bermisai.

“Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) berjaya mengesan suspek dan semasa tangkapan dilakukan turut menemui barang-barang dipercayai berkaitan kes seperti gunting rambut dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Suspek kini dilaporkan ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news