Misteri hantu penanggal di Sibu 0 20395

Suatu waktu dahulu di bahagian Sibu, pernah gah dengan cerita hantu penanggal yang bermaharajalela di dalam sebuah kampung melayu.

Hantu penanggal ini sebenarnya adalah jenis hantu yang gemar menghisap darah wanita yang baru lepas bersalin dan sekiranya darah wanita yang selepas bersalin ini dihisap nescaya wanita itu akan mati kerana akibat tumpah darah yang banyak sangat.

Maka itulah yang terjadi di sebuah kampung di Sibu sewaktu dahulu sehingga memungkinkan seluruh penduduk telah bersatu hati menjaga siang dan malam kerana musibah yang berlaku.

Dan pada waktu inilah rata-rata masyarakat melayu kampung tersebut telah mula menanam disekeliling rumah mereka dengan tanam-tanaman yang berduri.

Hantu penanggal dikatakan takut untuk menghampiri rumah sebegini kerana dia sendiri risau takut akan tali perutnya yang terburai tersangkut pada duri-duri itu nanti.

Bagi yang mempunyai anak atau isteri yang sedang mengandung akan mula menggantung daun kering mengkuang yang terkenal dengan durinya bersebelahan dengan tempat anak isteri sedang tidur.

Ini semua dilakukan bagi memberikan keselamatan yang tetap kepada mereka yang tersayang kerana hantu penanggal ini mampu masuk ke rumah walau hanya dengan sebesar lubang kecil yang ada di dinding rumah.

Inilah kekuasaaan ilmu iblis yang seharusnya tidak diamalkan oleh manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras.

Hendak dijadikan ceritera setelah 2 mangsa ibu yang tidak berdosa menjadi korban akhirnya manusia yang empunya angkara telah berjaya juga ditangkap.

Hakikatnya dikatakan bahawa wanita kampung yang terpaksa menerima saka hantu penanggal ini diwarisinya daripada ibunya dan sekiranya ianya tidak mewarisinya maka ianya akan lebih teruk sekali.

Demi menjaga keharmonian di dalam kampung itu maka orang tua-tua di kampung tersebut telah sebulat suara untuk mengusir wanita dan keluarganya keluar daripada kampung tersebut dan sejak itu tiadalah lagi igauan ngeri ibu-ibu mengandung yang takut akan tumpah darah berlaku lagi di kampung tersebut.

Ini hanyalah sebuah cerita yang diceritakan secara lisan oleh seorang tua tempatan yang pernah mengalaminya suatu waktu dahulu di kampung kelahirannya di Sibu.

Ianya mungkin ada yang benar dan mungkin juga ada yang tidak termasuk dek akal kita sekarang namun begitu kita sememangnya tidak harus menidakkan bahawa fenomena hantu penanggal ini pernah wujud satu ketika dahulu di Sarawak.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10449

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12972

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news