Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki 0 7558

Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki. Betul Ke? Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

1. Suka Wanita Yang Yakin

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

2. Tidak Suka Wanita Obses

Lelaki sukakan wanita yang canti tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

3. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

4. Lelaki Tidak Suka Menunggu

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

5. Cantik Luaran Tidak Penting

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Ciri-Ciri Wanita Pilihan Lelaki Zaman Kini

Sememangnya semua lelaki sukakan wanita yang punya bentuk tubuh yang langsing serta wajah yang cantik menawan. Tetapi sebenarnya ada lagi ciri-ciri penting di mata lelaki kala memilih seseorang wanita yang boleh menjadi teman setianya sampai bila-bila. Wajah yang cantik tidak menjamin si jejaka kesukaan anda boleh kekal bersama anda selamanya. Berikut adalah ciri-ciri wanita yang lelaki tidak akan tinggalkan.

1. Boleh tampil cantik

Walaupun anda sudah cukup mengenalinya terlalu lama, sebaiknya biarlah menjaga penampilan anda di hadapannya agar sentiasa tampak cantik. Dan ini juga bermakna yang anda perlu menjaga kebersihan dan kecantikan diri setiap hari.

2. Wanita yang tahu menghargai diri sendiri

Boleh kata setiap lelaki mahukan pasangan hidupnya tahu dalam menghargai dirinya dan dari situ mereka akan ada keinginan untuk mengetahui bagaimana mereka menjaga dan menghargai diri mereka.

3. Wanita yang berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri

Bagi lelaki, wanita yang tahu berdikari serta mempunyai pendapat dan falsafah diri itu lebih matang. Ia menunjukkan yang wanita itu tidak bergantung sepenuhnya pada kehidupan orang lain setiap masa.

4. Wanita yang punya semangat dalam mengejar impian

Pabila seseorang wanita yang sering dianggap lemah tetapi kemudiannya menunjukkan yang diri mereka ada semangat yang kuat untuk kejar apa yang dicita-citakan, jenis wanita sebegini selalunya lelaki pilih untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10368

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12958

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news