Suspek kes pecah masuk Klinik Kesihatan Santubong diberkas polis 0 6145

KUCHING: Dua lelaki warga tempatan ditangkap pada Khamis lepas kerana disyaki terlibat kes pecah masuk Klinik Kesihatan Santubong, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Superintenden Ismail Mahmood berkata, kedua-dua suspek ditangkap oleh anggota Cawangan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hasil risikan dan maklumat awam.

Menurutnya, kejadian pecah masuk tersebut berlaku pada 20 Mac lalu, di mana beberapa barang termasuk komputer riba, mesin pencuci dan telefon bimbit dilaporkan hilang.

“Suspek berjaya ditangkap dan barang yang dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut juga telah berjaya dijumpai semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk memastikan sekiranya kumpulan suspek ini ada terlibat dalam kes pecah masuk dan curi yang lain.

“Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh diambil tindakan penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan,” kata Ismail. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news