Teleskop Kepler NASA secara rasmi telah menemui planet seakan Bumi pada zon Goldilocks dalam galaksi kita.
Dikenali dengan nama Kepler-186F, planet berkenaan terletak pada jarak 500 tahun cahaya daripada Bumi pada buruj Cygnus.
Zon yang dapat dihuni oleh manusia ini yang juga dikenalpasti sebagai zon Goldilocks, adalah kawasan di sekeliling bintang di mana planet mempunyai tekanan atmosfera dapat menampung hidupan di permukaan mereka.
Penemuan ini adalah yang pertama kali seumpamanya yang mempunyai saiz planet yang serupa dengan planet Bumi. Malah, terdapat 4 planet lain yang berada berdekatan dengan Kepler-186f, sama seperti bumi.
“Kita tahu hanya satu planet di mana kehidupan bertahan, iaitu Bumi. Apabila kita memburu kehidupan di luar sistem suria kita, kita menumpukan pada penemuan planet dengan ciri-ciri yang meniru Bumi,” kata Elisa Quintana, saintis penyelidikan dari Institut SETI di Pusat Penyelidikan Ames NASA di Moffett Field, Calif.
Terdapat juga bintang seakan matahari berdekatan dengan Kepler-186F dan planet ini hanya mengelilingi bintang berkenaan secara lengkap setiap 130 hari.
Sumber: TSKnowledge