3 tempat paling menyeramkan di Kuching yang harus anda tahu 0 13450

1. Villa Aidid, Bukit Siol

Villa Aidid ni khabarnya memang selalu menjadi sebutan warga Kuching. Mungkin tidak begitu popular seperti kisah misteri Villa Nabila yang terletak di Johor tetapi villa usang bertempat di Bukit Siol ini punyai kisah misteri yang tersendiri. Difahamkan, persoalan tentang siapakah pemilik sebenar villa tersebut masih lagi menjadi rahsia sehingga ke hari ini.

Selain melihat kelibat pontianak dan pocong, ada yang mendakwa bahawa mereka pernah mendengar suara pontianak mengilai datang dari dalam villa tersebut. Villa berkenaan juga dikatakan dipenuhi dengan makhluk halus yang berlegar-legar di dalamnya. Biasalah kan kalau dah ditinggalkan lama, penuh lah hantu setan….

2. Asrama Terbiar Belakang Hospital Umum Sarawak

Bangunan ini dikatakan merupakan sebuah asrama terbiar. Tempat ini dahulunya dipercayai menjadi kediaman jururawat pelatih yang menjalani latihan perubatan di Hospital Umum Sarawak. Terletak bersebelahan dengan tanah perkuburan cina, punca sebenar bangunan ini ditinggalkan masih tidak dapat dikenal pasti.

Gemar dikunjungi kumpulan paranormal kerana tarikannya yang penuh misteri, mereka percaya bahawa tempat menyeramkan ini dihuni oleh makhluk halus kerana ada di antara mereka yang pernah terkena serangan fizikal di bahagian kepala. Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang mendakwa pernah ternampak kelibat makhluk halus yang menghuni tempat itu.

3. Hotel Impiana

Menurut dakwaan warga Sarawak, bangunan hotel tinggalan yang terletak bersebelahan Shell dan Kompleks Belia dan Sukan ini dahulunya dikenali sebagai Country View atau Victoria Arms. Ada juga mendakwa bahawa bangunan ini dikenali dengan nama Impiana Hotel kerana dinamakan bersempena nama seorang Datin yang dipercayai memiliki hotel itu. 

Hotel Impiana khabarnya merupakan sebuah tapak perkuburan sebelum terbinanya hotel tersebut. Kononnya, ada wanita hamil pernah menjejakkan kaki ke tingkat enam bangunan tersebut dan tiba-tiba bayinya hilang sewaktu dia bangun keesokan harinya. Disebabkan hal itu, wanita tersebut membunuh diri di hotel tersebut. Biar betul?

Bermacam-macam kisah didengari di sebalik tinggalan bangunan-bangunan ni. Seramnya sampai ada yang kena ganggu di kepala. Ada di antara anda yang pernah pergi tempat-tempat ni?

 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10368

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12958

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news