Najib arah lapor polis terhadap Najib 0 6483

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengarahkan pembantunya untuk membuat laporan polis supaya membuka semua kes-kes pembunuhan yang membabitkannya.

“Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini,” katanya dalam suatu hantaran Facebook malam ini.

Menurut Najib tindakannya membuat laporan polis terhadap dirinya sendiri itu selepas beberapa kali mendesak pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya memujuk pihak berkuasa menyiasat semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi.

“Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia.

“Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes itu disiasat lagi, walhal saya sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan HARAPAN kini adalah kerajaan,” kata Najib lagi.

Sementara itu, MP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pula berkata Najib berbohong hampir setiap hari.

Menurut Kit Siang, Najib menuduh pemimpin parlimen DAP itu tidak mahu menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan terhadap beberapa kes antaranya pembunuhan warga Mongolia Altantunya Shaarribuu dan bekas pendakwa raya Jabatan Peguam Negara, Kevin Morais.

“Najib bersalah kerana berbohong hampir setiap hari.

“Semalam Najib berbohong lagi dengan menyebut beliau bersetuju untuk membuka semula kes kematian misteri Altantunya Shaarribuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock, tetapi “Kit Siang berkata kemudian kes-kes itu tidak patut disiasat lagi’.

“Bila saya cakap begitu?” Soal Kit Siang dalam kenyataannya hari ini. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13897

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13059

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news