4 direman bantu siasatan kes pukul anggota bomba, Muhammad Adib 0 6357

PETALING JAYA : Seramai empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada malam Selasa minggu lalu, direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman kesemua suspek itu dikeluarkan Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff di Mahkamah Majistret di sini.

Keempat-empat individu yang direman sehingga Isnin depan bertujuan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Bagi kesalahan itu, suspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun, jika disabit kesalahan.

NSTP semalam melaporkan pihak polis mengutamakan faktor kesihatan Muhammad Adib sebelum sebarang keterangan daripadanya diambil.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata setakat semalam, pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut mengenai anggota bomba itu daripada Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu.

Akibat kejadian itu, Muhammad Adib yang cedera parah ketika bertugas itu dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi.

Beliau bagaimanapun dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya dan setakat ini dilaporkan tidak lagi menggunakan mesin sokongan jantung.

Dua hari lalu, Ketua Pegawai Klinikal IJN, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, dilaporkan berkata pihaknya berpuas hati dengan perkembangan positif anggota bomba itu dari semasa ke semasa yang kini berada pada tahap 70 peratus seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pada 29 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun, menegaskan dakwaan bahawa Muhammad Adib dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman adalah tidak benar. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news