42 cedera, seorang maut ditembak Zionis 0 5916

GAZA: Seorang penduduk Palestin maut sementara 42 mangsa lain cedera akibat ditembak penembak hendap Israel di sempadan Gaza, semalam, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.

Menurut kenyataan jurucakap kementerian itu, 42 orang ditembak tentera penjajah Zionis, ketika tunjuk perasaan aman minggu ke-50. Katanya, empat anggota perubatan turut cedera.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata, kira-kira 8,400 penunjuk perasaan berkumpulan di beberapa lokasi di sepanjang pagar keselamatan Semenanjung Gaza.

Tunjuk perasaan dan pertempuran di sepanjang sempadan Gaza bermula, sejak 30 Mac tahun lalu. Mereka mendesak pelarian Palestin dibenarkan kembali ke kediaman asal yang kini dalam Israel. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news