Misteri Kerajaan “Ghaib” Di Gunung Santubong, Kerajaan Yang Dihuni Oleh Jin Dan Bunian 1 14314

Tahukah anda disebalik indahnya gunung Santubong, telah tersimpan satu misteri antara yang tersurat dan tersirat. Hanya sesetengah warga Santubong, Pasir Pandak, Pasir Panjang dan sewaktu dengannya saja yang mengetahui.

Menurut cerita orang-orang tua di Santubong, Santubong secara azalinya mempunyai sebuah
kerajaan ghaib makhluk Allah selain manusia. Kerajaan tersebut dihuni  golongan Bunian dan jin.

Menurut sumber, ia adalah kerajaan tertua dan terbesar yang ada di Asia Tenggara. Kerajaan tersebut dikatakan berada di puncak gunung Santubong atau kaki gunung Santubong. Namun ia tidak dapat dilihat dengan mata yang kasar. Hanya orang yang mempunyai keistimewaan tersendiri saja dapat melihatnya. Kerajaan tersebut dikatakan berupa sebuah kota yang cukup indah dan bercahaya seperti kristal.

Kerajaan tersebut (Kota) dikatakan dijaga dengan rapi oleh beberapa pengawal yang cukup handal dan tegas dikalangan bunian dan jin. Mereka diberi amanah menjaga di kaki gunung hingga puncak gunung. Sebab itulah kalau hendak mendaki gunung Santubong perlu mematuhi setiap pantang larang yang ditetapkan. Yang paling penting mulut jangan celupar dan jangan membuat sebarang kekotoran. Jika tidak, anda mungkin menghadapi masalah yang tidak diingini.

Manakala di pantai-pantai sekitar Santubong, seperti pantai damai, pantai pasir panjang, pasir pandak pada hakikatnya dihuni oleh makhluk-makhluk Allah ini iaitu jin. Mereka dikatakan diberi amanah untuk menjaga kawasan persekitaran pantai.

Jin-jin ini realitinya tidak menganggu manusia. Tetapi awas!! Anda janganlah membuat sebarang kekotoran atau membuat segala jenis maksiat di pantai. Kerana jin mungkin akan marah dan akan menyebabkan mereka bertindak diluar dugaan.

Pernah terjadi beberapa remaja dikalangan kekasih lepak di Pantai Panjang sekitar jam 2 pagi. Salah seorang mereka dikatakan kencing berdiri diatas pantai. Namun selepas itu beliau telah dirasuk oleh jin. Jin tersebut merasuk sebab marah kerana lelaki tersebut dikatakan kencing dirumahnya.

Lelaki tersebut histeria menjerit seperti orang gila. Ustaz terpaksa dipanggil untuk berunding dengan jin yg telah merasuk lelaki tersebut. Akhirnya jin bersetuju untuk keluar dari badan lelaki tersebut setelah berunding selama 1 jam lebih. Tapi dengan syarat berikan dia 2 ekor ayam hitam hidup. Permintaan jin tersebut dipenuhi dan akhirnya beliau keluar dari badan lelaki tersebut.

Begitulah coretan ringkas mengenai kerajaan ghaib ini. Terpulang kepada anda sama ada anda mempercayainya atau tidak. Apa yang pasti mereka sememangnya wujud sebab mereka juga dicipta oleh Allah seperti kita. Bezanya mereka tidak tinggal didalam dunia yang nyata seperti kita- Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Free Travel Agency or Hotel Website 0 10377

Free Travel Agency or Hotel Website
Get qualified for a free Travel Agency or Hotel Website as part of the Sarawak Online Tourism Fund for up to RM 5,000.
Join our LIVE talk on ZOOM with Karuna Sarawak on selecting your website platform, design templates, quote template and assistance on the application process this Monday-Friday (3-7th May 2021) @ 10 am daily. Each session is limited to 20 participants and we will provide guidance and on-the-spot consultation for applying for the grant.
The grant applies to:
1. Website Development
2. Booking Engine with online shopping cart and payment gateway
3. Digital Marketing (Google, Facebook and Instagram Ads)
4. Video and banner ad visual creation
***Applicants must be a registered trade company and licensed by the Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia. Only registered and approved companies will be eligible for the grant.
You will be notified via email once your slot has been confirmed.
Spread the news

Apple perkenal generasi baharu ‘Mac’ 0 12960

Apple Ungkap Aplikasi di iOS dan iPad Bakal Bisa Berjalan di Mac

Kuala Lumpur: Buat pertama kali, Apple memperkenalkan cip pemproses mereka tersendiri di bawah Apple Silicon iaitu ‘Apple M1’ yang menggunakan binaan pemproses 5 nanometer (nm).

Pemproses termaju industri berkenaan berasaskan kepada ARM dan menawarkan gabungan CPU lapan teras serta unit pemproses grafik (GPU) lapan teras termasuk ‘Neural Engine’ 16 teras.

Apple juga memperkenalkan siri baharu untuk generasi ‘MacBook’ dalam satu majlis pengenalan maya yang diadakan awal pagi tadi bertemakan ‘One More Thing’.

Dalam pengenalan berkenaan, siri MacBook Air, Mac Mini dan MacBook Pro diperkenalkan dengan menggunakan cip pemproses Apple sekali gus menjadi produk pertama yang menggunakan cip berkenaan.

Untuk MacBook Pro, peranti berkenaan hadir dengan skrin keluasan 13 inci yang menawarkan keupayaan memori (RAM) sehingga 16GB serta sokongan storan 2TB.

Paling mengagumkan, penggunaan cip berasaskan rekaan 5nm berkenaan mampu untuk memberi jangka hayat bateri lebih lama sehingga 20 jam kepenggunaan.

MacBook Pro masih didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard selain dilengkapi dengan bar sesentuh (touch bar) di bahagian atas papan kekunci seperti generasi sebelumnya.

Sesuai dengan kemajuan teknologi hari ini, MacBook Pro menyokong jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) selain sokongan USB 4.

Pada masa sama, Apple juga memperbaharui MacBook Air mereka dengan pemproses pertama syarikat berkenaan dan hasil kemajuan cip berkenaan, bateri peranti ini mampu untuk bertahan lebih 18 jam.

Tanda harga untuk MacBook Pro bermula pada harga RM5,599 dan MacBook Air pula bermula RM4,399 mengikut padanan spesifikasi. – Harian Berita

Spread the news