Adakah Kopi Bagus Untuk Anda? 0 7217

Sekurang – kurangnya 12 sebab saintifik mengapa anda perlu minum kopi setiap hari. Jadi anda seorang yang gemar minum kopi, bersyukurlah dengan ketagihan anda, dan pastikan anda tidak merosakkan kebaikan kopi anda dengan mencampur gula atau krim.

1. Ia Memberi Anda Hati Yang Lebih Sihat.

Minum kopi hitam sebenarnya boleh meningkatkan tahap kesihatan hati anda. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang minum sehingga empat atau lebih cawan kopi setiap hari (24+OZ ,atau dua cawan”Tall” dari Starbucks) akan mempunyai kadar sirosis hati sebanyak 80% lebih rendah. Selain itu, orang yang minum jumlah yang sama turut mempunyai kadar kanser hati yang lebih rendah iatu sebanyak 40%.

2. Ia Menjadikan Anda Lebih Bijak.


Kafein merupakan perangsang bagi psikoaktif. Apabila anda minum kopi, kafein akan bergerak ke dalam sistem pencernaan anda, kemudian ke aliran darah anda, dan akhirnya ke otak anda (ini mengambil masa kira-kira 30-45 minit). Apabila ia sampai dan menyentuh otak anda, ia akan menyekat salah satu neurotransmiter iaitu Adenosine. Ini akan membawa kepada peningkatan di dalam neurotransmitter lain iaitu (norepinephrine dan dopamine) yang akan menyebabkan neuron di otak anda bekerja dengan lebih cepat. Semua bahan kimia dan neuron ini bergabung untuk meningkatkan mood, tenaga, ingatan, masa tindak balas, dan juga fungsi aktiviti – aktiviti mental yang umum.

3. Ia Meningkatkan Tahap Metabolisme Anda Sebanyak 11%.

Adakah anda mahu mengurangkan berat badan? Tidak seaktif seperti yang anda mahu? Minum kopi ialah suatu jalan penyelesaian yang anda cari bagi pertanyaan tersebut. Kopi adalah salah satu daripada beberapa bahan yang boleh dikaitkan secara langsung dengan aktiviti pembakaran lemak. Setelah dikaji, kafein merupakan bahan yang sering didapati di hampir setiap suplemen pembakaran lemak atau pengurangan berat badan. Akan tetapi, Ini tidak bermakna anda hanya perlu minum kopi dan tidak melakukan pekerjaan kerana anda masih perlu melakukan kedua-duanya. Tetapi ia boleh membuat anda lebih sihat dan juga lebih bahagia.

4. Ia Memberi Anda Nutrien Penting.

Sekiranya anda minum kopi, ia merupakan sumber antioksidan terbesar bagi diri anda. Beberapa nutrien penting termasuk: Vitamin B2, B3, dan B5, Manganese, Magnesium, dan Kalium. Selain itu, tubuh manusia dapat menyerap lebih banyak nutrien daripada kopi berbanding dari sumber antioksidan lain yang popular seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda akan mendapat lebih banyak keseronokan untuk wang anda dengan kopi daripada dengan perkara lain.

5. Ia Mengurangkan Risiko Diabetes Jenis 2.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak akan mendapat kesan yang sama jika hanya ada setengah kopi, setengah krim dan gula di dalam cawan anda. Jika anda melakukan rutin yang sedemikian, ianya mungkin akan lebih memudaratkan kesihatan anda . Tetapi jika anda mengamalkan minum kopi hitam, maka kajian telah menunjukkan bahawa penurunan purata sebanyak 7% untuk diabetes bagi setiap cawan harian (6 oz.) Kopi. Biasanya secawan kopi adalah 12 oz. Oleh itu jika dikatan anda minum dua cawan kopi di pagi hari, atau 24 oz,. Maka anda akan mendapat risiko 28% lebih rendah untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan minum kopi.

6. Ia Mengurangkan Risiko Parkinson.

Tiada siapa yang ingin mempunyai penyakit neurodegenerative – terutamanya bagi mereka yang telah melihat ahli keluarga mereka melaluinya. Parkinson boleh dikaitkan dengan kadar penurunan dopamin. Disebabkan itu , minum kopi hitam dapat mengurangkan risiko anda untuk mempunyai parkinson kerana kafein boleh meningkatkan tahap dopamine di dalam otak. Kajian telah menunjukkan bahawa peminum kopi yang kerap telah terbukti mempunyai 32-60% penurunan risiko dari mempunyai penyakit ini.

7. Ia Melawan Kemurungan Dan Pada Umumnya Menjadikan Anda Lebih Bahagia.


Ingat bahawa kafein iatu kopi boleh meningkatkan tahap dopamine di dalam otak. Dopamine biasanya dikenali sebagai “kimia keseronokan” disebabkan itu ianya masuk akal apabila anda memakan apa sahaja yang boleh meningkatkan tahap dopamine akan membuat anda lebih bahagia dan boleh mengurangkan tekanan. Orang yang minum empat atau lebih cawan kopi hitam sehari (24+ oz) Akan mempunyai peluang 20% ​​lebih rendah dari menjadi tertekan, dan lebih dari 50% mengurangkan kadar membunuh diri yang di akibatkan oleh tekanan. Minum kopi secara peribadinya merupakan penyelamat hidup, dan sesuatu yang saya harap lebih ramai dapat lakukan untuk mengurangkan perkara sebegini dari terjadi. Oleh itu, jika anda mengenali sesiapa yang sedang bergelut dengan kemurungan, anda boleh membawanya keluar dan mendapatkan secawan kopi dan ianya boleh membuat perbezaan yang ketara.

8. Ia Mengurangkan Risiko Anda Dari Beberapa Jenis Kanser.

Selain anda dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser hati (lihat di point pertama), Ia juga berfungsi dengan baik untuk mengurangkan kemungkinan kanser usus. Individu yang meminum 4-5 cawan (24 – 30 oz.) kopi hitam sehari mempunyai kadar pengurangan risiko kanser usus 15%, dan risiko kanser hati 40% . Dan kerana kanser hati dan kanser usus adalah kanser yang telah banyak menyebabkan kematian paling banyak ditempat ke-3 dan ke-4 di dunia dan perkara ini agak memberi kesan. Selain itu, kopi turut dapat mengurangkan risiko kanser kulit dan terutamanya pada wanita, sekitar 20%.

9. Ia Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung Anda.


Mereka yang minum kopi secara teratur turut mengurangkan risiko sebanyak 20% dari mendapat strok dan secara umumnya mengurangkan kadar penyakit jantung. Kopi adalah baik untuk kesihatan kardiovaskular kerana kafein boleh meningkatkan kadar jantung anda. Minum beberapa cawan kopi sehari turut mempunyai kesan yang sama seperti berjalan yang menjadikan jantung anda sihat. Namun , tolong jangan gunakan ini sebagai alasan untuk tidak bersenam kerana ia tidak akan terjadi sekiranya anda tidak bersenam.

10. Ia Memastikan Sistem Anda Dibersihkan.

Kopi adalah diuretik iaitu ini bermakna minum kopi akan membuat anda membuang air kecil lebih kerap daripada jika anda tidak minum kopi. Akan tetapi, Ini adalah perkara yang baik dalam kebanyakan kes kerana ia dapat membersihkan sistem tubuh badan anda kerana manusia sering membuang bakteria dan virus berbahaya dengan cara ini dan minum kopi dapat meningkatkan proses semulajadi ini. Dengan cara ini, kadar peminum kopi untuk sakit berkurangan..

11. Ia Menjadikan Anda Tenang .

Aroma kopi juga mampu menenangkan minda dan diri anda kerana ia sebenarnya akan mengubah kedudukan protein di otak yang dapat dikaitkan dengan tekanan dan kebanyakannya tekanan yang diakibatkan dari kurang tidur. Inilah sebabnya mengapa kita semua belajar pada awal pagi kerana kita akan berasa lebih baik pada waktu pagi selepas meminum secawan kopi.

12. Ia Mengurangkan Peluang Anda Untuk Demensia Dan Alzheimer.

Kopi secara umumnya dapat meningkatkan memori iaitu berkat daripada kesan kafein pada beberapa neurotransmitter otak. Ianya dapat meningkatkan memori anda dari semasa ke semasa, terutamanya semasa umur anda makin meningkat, peluang anda untuk mendapat penyakit demensia dan Alzheimer berkurangan. Peminum kopi secara tetap juga dapat mengurangkan risiko sebanyak 65% dari mendapat penyakit yang biasa di dunia iatu neurodegeneratif.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sambal tumis sotong petai 0 5977

  • Ingredients: 1 bowl 碗 sotong (squid) 苏冬(墨鱼)
  • 1 bowl 碗 petai (stinky bean) 臭豆
  • 1/2 bowl 碗 oil 油 ( for blending 搅碎用)
  • 1/2 bowl 碗 oil 油 ( for stir fried 拌炒用)
  • 3 tbsp shallots 红葱 1 tbsp garlic 蒜
  • 1 tbsp shrimp paste 瑕膏
  • 2-3 pcs spur chillies 美人椒(big red chillies / 大辣椒 – less spicy 微辣)
  • 2-3 pcs dried Guajillo chillies 大辣椒干 (less spicy / 微辣)
  • 2-3 dried red chillies 辣椒干(spicy / 辣)
  • 1 tbsp salt 盐
  • 1/2 tbsp sugar *soak dried chillies for at least
  • 1hr 辣椒干浸泡1小时以上 * If you want more spicy, add more dried chilies. 如果要更辣可加多点辣椒干
Spread the news