Adik maut di pangkuan abang 0 6237

KUCHING: Seorang abang hanya mampu melihat adiknya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan di Batu 27, Jalan Lama Kuching-Serian.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 11.15 pagi hari ini, meragut nyawa Mohd Jap Junaidi, 22, akibat parah di kepala manakala abangnya, Jeffery Junaidi,24, hanya luka kecil di kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu yang mengesahkan kejadian, berkata dua beradik itu adalah berasal dari Kampung Lintang Baru, Jalan Kuching-Serian.

“Mangsa yang menunggang motosikal bersama abangnya dari arah Pekan Tapah menuju ke Kampung Panchor Dayak telah hilang kawalan semasa melalui selekoh.

“Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kanan kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata kedua-dua mereka didapati tidak memakai topi keledar.

Mayat mangsa turut dibawa ke Hospital Serian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13954

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13119

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news