Agong kahwini wanita Rusia? 0 7596

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina di Rusia, semalam.

Menurut laporan www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Voevodina mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Tetamu yang hadir dijamu pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video majlis tersebut tersebar di aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, memetik laporan NST, sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut. – Sinar Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13884

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13050

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news