Lundu: Berikutan beberapa insiden yang berlaku di kawasan Air Terjun Jangkar, kawasan aktiviti riadah tersebut telah ditutup buat sementara waktu bermula semalam.
Menurut info upacara ritual (menyemah) telah diadakan di air terjun Jangkar bermula semalam. Justeru sesiapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.
Sesiapa yang tidak mematuhi arahan untuk tidak memasukki kawasan tersebut buat masa ini sebarang kemungkinan ataupun akibatnya adalah dibawah tanggungan sendiri.