Sibu: 4 orang nyaris maut apabila ambulan yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman petang tadi.
Menurut info awal ambulan itu dikatakan dalam perjalanan ke Hospital Sibu untuk menghantar pesakit.
Setakat ini kesemua mangsa dilaporkan cedera ringan dan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan. – Kamek Miak Sarawak