Angka maut insiden masjid NZ meningkat 50 orang, 11 kritikal 0 6073

CHRISTCHURCH: Angka maut akibat kejadian tembakan dua masjid di New Zealand meningkat kepada 50 orang, kata polis hari ini, ketika penduduk di sini memperingati mangsa dengan meletakkan jambangan bunga di tempat kejadian.

Kematian tambahan itu berikutan jenazah dikeluarkan dari masjid di bandar selatan itu, kata polis dengan pegawai forensik dari seluruh New Zealand terbang ke bandar ini bagi membantu proses pengenalan.

Sokongan dan simpati tanpa henti itu dilakukan sehari selepas pengganas sayap kanan didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan serangan kejam di dua masjid New Zealand.

Pengganas warga Australia itu, Brenton Tarrant yang duduk di kandang pesalah dalam keadaan bergari dan memakai baju putih penjara, berdiri tanpa sebarang emosi ketika hakim membacakan senarai tuduhan ke atasnya.

Diapit pegawai polis bersenjata, bekas jurulatih kecergasan berusia 28 tahun itu menunjukkan ibu jari atas bawah tanda ‘okay – simbol digunakan kumpulan berkuasa kulit putih seluruh dunia.

Tertuduh tidak memohon jaminan dan ditahan sehingga dihadapkan di mahkamah 5 April ini.

Seorang lagi lelaki ditahan Jumaat akan dihadapkan di mahkamah Isnin atas tuduhan ‘berkaitan’ serangan walaupun dipercayai tidak terbabit dalam insiden tembakan, kata Pesuruhjaya Polis Mike Bush kepada media hari ini.

Beliau menambah, dua lagi suspek yang ditahan dalam kepungan polis ketika serangan dan senjata ditemui dalam kenderaan mereka tidak terbabit secara langsung dengan Tarrant.

Seorang daripada dua yang ditahan, iaitu wanita, dibebaskan manakala tertuduh lelaki ditahan atas tuduhan senjata api, kata Bush.

“Buat masa ini, hanya seorang individu didakwa atas tuduhan berkaitan serangan. Saya tidak mengatakan apa-apa yang kukuh sehingga kami pasti berapa ramai yang terbabit. Namun saya berharap kami dapat memberi maklumat beberapa hari lagi,” katanya.

Seramai 50 cedera dalam serangan kejam itu dengan doktor bekerja tanpa henti merawat 36 yang masih dirawat di hospital akibat kecederaan tembakan dan kecederaan lain.

Mangsa yang cedera termasuk budak lelaki dua tahun dan kanak-kanak perempuan empat tahun yang berada dalam keadaan kritikal.

Serangan ke atas Masjid Al Noor dan Linwood menggegarkan negara yang biasanya aman, berbangga kerana mengalu-alukan pendatang lari akibat keganasan atau pendakwaan.

Seorang imam yang mengetuai solat di Masjid Linwood ketika serangan berkata, masyarakat Islam seharusnya tidak terjejas akibat pembunuhan itu.

“Ia adalah hari amat buruk, bukan hanya untuk kami tetapi semua rakyat New Zealand. Namun, kami masih menyayangi negara ini,” kata Ibrahim Abdulhalim.

Di seluruh negara Kiwi itu, penduduk memberi maklum balas dengan penyatuan antara agama. Sebahagian besar penduduk di sini, ramai membawa jambangan bunga menuju ke kawasan kejadian untuk berkongsi mesej kasih sayang kepada mangsa dan keluarga.

‘Kami menyokong saudara lelaki dan wanita Islam’ tulisan pada kain rentang merah di atas lautan bunga di satu daripada tempat kejadian.

Penduduk Islam berjumlah satu peratus daripada keseluruhan masyarakat New Zealand.

Perdana Menteri Jacinda Ardern tiba di bandar itu semalam, memakai selendang hitam dan bertemu mangsa terselamat dan keluarga mangsa.

Ardern bertemu keluarga mangsa semalam susulan insiden tembakan dua masjid Christchurch kelmarin. -Foto EPA
Ardern berkata, mangsa datang dari seluruh dunia Islam, dengan Turki, Bangladesh dan Malaysia antara negara memberi bantuan konsular.

Sekurang-kurangnya seorang rakyat Arab Saudi, seorang Indonesia, empat Jordan dan enam Pakistan antara yang maut.

Polis cuba mengumpul jawapan terhadap persoalan sukar mengapa dan bagaimana ini berlaku.

Mereka mahu tahu bagaimana mungkin penjenayah tidak dapat dikesan perkhidmatan perisikan walaupun pandangan ekstremisnya.

Ardern berkata, penembak memiliki lesen senjata diperoleh pada November 2017 dan dia mula membeli dua senjata semi-automatik secara sah, dilaporkan AR-15s, dua senapang patah dan senapang penyengap bulan berikutnya.

Ardern berkata, sesetengah senjata diubah suai untuk menjadikannya pantas membunuh.

“Saya dapat beritahu anda satu perkara kini, undang-undang senjata akan diubah,” katanya. -AFP

Fakta utama:

• 50 disahkan maut, dengan mangsa berusia dua tahun hingga lebih 60 tahun

• Daripada 50 orang yang cedera, 36 masih dirawat di hospital Christchurch dam 11 dalam keadaan kritikal, termasuk budak lelaki empat tahun yang dipindahkan ke hospital kanak-kanak Starship di Auckland

• Pembunuh, warga Australia kelahiran Dunedin, Brenton Harrison Tarrant, 28, dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh

• Dua lagi individu, seorang lelaki dan wanita, ditahan sebaik tembakan tiada kaitan dengan penyerang

• Wanita dibebaskan tanpa didakwa sementara lelaki didakwa atas kesalahan senjata api

• Penduduk Kiwi sudah menderma sebanyak NZ$4.3 juta (RM12.06 juta) untuk keluarga mangsa

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news