Atlet kelahiran Sarawak kembali lagi dengan cabaran pingat ke Olimpik Tokyo 0 11145

Atlet kelahiran Sarawak kembali lagi dengan cabaran pingat ke Olimpik Tokyo

LEBIH setengah abad yang lalu, atlet dari Bario, Lawas, Bala Ditta, 27, atau lebih dikenali sebagai Kuda Ditta berada di garisan permulaan acara lari berpagar bersama-sama jaguh dunia, memburu pingat Olimpik Tokyo 1964.

Beliau mencatat kepantasan terbaik, 14.6 saat, namun gagal ke peringkat separuh akhir. Tetapi Kuda Ditta yang berketinggian 6 kaki sebenarnya berjaya, melakar sejarah sebagai atlet pertama dari Sarawak ke pentas dunia.

Kemudiannya Sarawak melahirkan jaguh pecut, Watson Nyambek, pemegang rekod 100 meter negara (10.30 saat) yang melayakkannya ke temasya Olimpik Atlanta 1996.

Kemunculan Kuda Ditta dan Watson menandakan, Sarawak sudah pun mempunyai atlet bertaraf dunia sejak dahulu lagi.

Kini legasi tersebut berterusan dengan kemunculan bintang terjun, Pandelela Rinong, 28. Anak kelahiran Kampung Jugan, Bau itu bukan sahaja kebanggaan pasangan Pamg Joheng dan Hartini Lamim, tetapi merupakan ‘permata dan ratu’ negara. Kejayaan demi kejayaan di peringkat dunia mengukuhkan reputasi beliau yang bakal menjadi legenda suatu hari nanti. Rabu lalu, Pandelela meraih pingat emas Kejohanan Terjun Dunia Fina di Tokyo.

Sebelum ini beliau pernah meraih pingat perak Olimpik Rio Brazil 2016 dan gangsa Olimpik London 2012. Yang pasti emas Olimpik Tokyo 2020 menjadi buruan seterusnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021  dari Suara Sarawak

Spread the news
Previous Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petronas Dagangan catat untung bersih lebih rendah 0 12872

Petronas Dagangan catat untung bersih lebih rendah

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd merosot kepada RM212.66 juta bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2020 daripada RM239.00 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan berkurangan kepada RM4.83 bilion berbanding RM7.80 bilion manakala pendapatan asas sesahamnya turun kepada 21.40 sen berbanding 24.10 sen.

Mengulas mengenai prestasi syarikat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Osman Rani berkata syarikat itu menjangkakan wujud sedikit impak kepada volum pada suku akan datang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.

“Memandangkan pandemik ini akan kekal menjadi cabaran yang berterusan, kami telah mempercepatkan kepelbagaian portfolio produk agar perniagaan terus bertahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Berita Harian

Spread the news

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13962

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news