Bangkai Lion Air masih belum ditemui setakat pagi ini 0 5828

JAKARTA: Operasi mencari bangkai pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang semalam masih gagal ditemui setakat 9 pagi ini.

Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Bambang Suryo Aji berkata sebanyak 19 kapal dan tiga helikopter terlibat dalam operasi itu.

“Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat, serta barang-barang milik penumpang,” katanya.

Bambang berkata mayat-mayat yang ditemukan itu dalam keadaan tidak sempurna dan dihantar ke hospital untuk proses mengenal pasti identiti, dan pihaknya beranggapan semua penumpang dan anak kapal pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan.

Presiden Indonesia Joko Widodo semalam mengarahkan operasi mencari pesawat itu dilakukan 24 jam.Penerbangan JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi semalam.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang yang sepatutunya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat.
Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas itu.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news