Bendera dikibar separuh tiang di semua premis bomba hingga Ahad ini 0 6546

KUALA LUMPUR – Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga Ahad ini di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara.

JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sebagai tanda hormat dan penghargaan bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di kolam lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada Rabu lalu.

“JBPM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan takziah dan menghargai pengorbanan wira-wira merah ini.

“Keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan amat dihargai dan dikagumi. Ia memperkuatkan lagi semangat anggota bomba untuk terus memberi khidmat dan sumbang bakti dengan sepenuh jiwa kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

JBPM akan melakukan yang terbaik dalam memastikan segala aspek kebajikan waris terbela seperti yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam dan jabatan.

Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24;  Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, lemas ketika operasi mengesan  seorang remaja yang hilang di lombong tinggal.
Adnan dan Muhammad

Hifdzul bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam sementara yang lain di BBP Pelabuhan Klang.
Jenazah kesemua mangsa dikebumikan semalam di kampung halaman masing-masing.

Mayat Fahmy Mohammad Azzam, 17, pula ditemui semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Putra Perdana pada malam yang sama. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13962

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13126

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news