Bomba akan bantu persediaan kahwin Muhammad Adib 0 6189

NILAI: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membantu keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang parah dipukul dalam insiden di hadapan kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya, membuat persiapan perkahwinannya yang dijangka diadakan hujung bulan ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohamad Hamdan Wahid, berkata jabatan itu bersedia menyalurkan apa juga bentuk bantuan yang diperlukan oleh keluarga Muhammad Adib bagi melancarkan majlis bersejarah itu.

“JBPM akan berhubung dengan keluarga mangsa untuk mengenalpasti jenis bantuan yang diperlukan. Kami akan membantu sedaya-upaya untuk meringankan beban keluarga agar majlis itu dapat dijayakan dengan lancar,” katanya.

Muhammad Adib yang berasal dari Kedah dijadualkan berkahwin pada 21 Disember ini bersama pasangannya, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25.

Ditanya sama ada tarikh perkahwinan itu mungkin ditunda berikutan keadaan Muhammad Adib yang masih kritikal dan sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Mohamad Hamdan berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada keluarga mangsa.

“Sekiranya pihak keluarga masih mahu meneruskan majlis perkahwinan itu pada tarikh yang telah ditetapkan, kami akan memberikan bantuan diperlukan. Kita akan sentiasa memastikan kebajikan anggota dijaga,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri program Bicara Tokoh ‘Achieving High Perfomance Fire Organisation: The X Factors’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Canselor USIM dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Kehormat Profesor Datuk Dr Musa Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof dan Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

Sementara itu, Mohamad Hamdan berkata, Muhammad Adib sudah menunjukkan perkembangan positif selepas menukar sistem sokongan kepada mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru, pada Ahad lalu.

“Beliau masih tidak boleh memberi reaksi verbal disebabkan mulutnya masih dipenuhi dengan tiub. Bagaimanapun, Muhammad Adib sudah boleh memberikan isyarat tangan tanda memahami arahan yang diberikan dan memberi reaksi yang lain ketika diminta berbuat demikian dan kami yakin, dengan bantuan pasukan perubatan dan doa dari semua, beliau akan kembali pulih walaupun berkemungkinan mengambil sedikit masa,” katanya.

Mohamad Hamdan berkata, pihaknya telah memanggil lapan orang anggota bomba yang terlibat di dalam kejadian itu dalam satu sesi pertemuan yang diadakan pada minggu lalu.

“Ada di antara mereka yang masih trauma dengan kejadian itu, terutamanya anggota yang memandu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Beliau masih menunjukkan tanda-tanda trauma dan pihak kami akan berterusan membantu memberikan kaunseling kepada anggota yang terlibat.

“Kita akan menilai keadaan mereka dari semasa ke semasa. Sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda trauma yang berterusan, mereka berkemungkinan akan diberikan pelepasan tugasan dan bercuti walaupun cuti anggota bomba di seluruh negara dibekukan pada masa ini bagi persediaan banjir,” katanya.

Beliau berkata, JBPM juga akan melihat keperluan penubuhan unit trauma di jabatan itu, yang akan menempatkan pakar-pakar kaunseling bagi membantu anggota bomba berhadapan dengan trauma selepas terlibat di dalam operasi menyelamat. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news