China pelabur asing terbesar sektor pembuatan Malaysia 0 5425

China pelabur asing terbesar sektor pembuatan Malaysia

KUALA LUMPUR: China kekal sebagai pelabur asing terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan untuk empat tahun berturut-turut sejak 2016, dengan 32 pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah AS$452.43 juta diluluskan dalam tempoh enam bulan pertama 2020.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong, berkata Malaysia telah meluluskan sebanyak 79 FDI bernilai AS$3.74 bilion dari China tahun lalu.

Dari segi jumlah perdagangan, katanya perdagangan dua hala antara Malaysia dan China sebanyak AS$80.06 bilion dari Januari hingga Ogos 2020, manakala pada 2019, perdagangan dua hala mencecah AS$123.96 bilion.

“Dalam menghadapi pandemik COVID-19, Malaysia dan China terus menunjukkan hubungan yang baik untuk menyokong antara satu sama lain dan mengatasi kesukaran bersama dalam tempoh mencabar ini.

“Saya berharap golongan elit korporat dari kedua-dua negara akan terus bekerjasama dalam sektor seperti data raya ekonomi digital, ekonomi inovatif serta inovasi industri dan pertanian moden,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Usahawan Malaysia-China (MCEC) 2020 yang diadakan secara maya, semalam.

Bertemakan ‘A Decade of Excellence in Malaysia-China Cooperation’, MCEC ke-10 itu adalah anjuran bersama Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Jabatan Perdagangan Wilayah Fujian.

Ia dianjurkan bersama oleh China Construction Bank (M) Bhd dan China Construction Bank Fujian Branch.

Persidangan tahunan separuh hari itu menyasarkan untuk meningkatkan pertukaran ekonomi dan perdagangan, selain kerjasama antara Malaysia dan China. – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13925

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13085

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news