Chong gagal rayu ketepikan saman fitnah kerajaan Sarawak terhadap beliau 0 5883

PUTRAJAYA: Bekas anggota Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa pihak berkuasa awam boleh menyaman seorang individu kerana fitnah.

Ketika menolak rayuan Chong, panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar dan menetapkan 3 Okt bagi pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuching.

Hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan yang bersidang ialah Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali. Bagaimanapun, Tan Sri Abu Samah Nordin, yang juga mendengar kes itu, bersara pada Ogos lepas.

Chong yang sekarang ialah anggota parlimen Stampin dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, merayu terhadap keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa kewangan negeri tidak boleh menyaman seorang anggota dewan kerana fitnah.

Beliau berhujah bahawa berdasarkan prinsip “common law”, sebuah badan awam seperti kerajaan, tidak boleh memulakan tindakan terhadapnya kerana fitnah; dan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan yang memperuntukkan kebebasan bersuara, dan melahirkan pendapat, jika kerajaan dibenarkan untuk menyaman wakil rakyat yang dipilih kerana fitnah.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa ia berpendapat bahawa Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang betul apabila memutuskan bahawa responden (kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa kewangan negeri) mempunyai hak untuk memfailkan saman dan mengambil tindakan menuntut ganti rugi terhadap perayu, Chong kerana fitnah.

Keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa responden mempunyai hak untuk memfailkan saman dan mengambil tindakan menuntut ganti rugi terhadap perayu, telah disahkan, kata Hakim Ahmad.

Beliau berkata di Malaysia, hak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk memfailkan saman adalah hak statutori, dan secara khusus diperuntukkan di bawah undang-undang.

Pada April 2013, kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa kewangan negeri memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuching terhadap Chong kerana fitnah berhubung satu dakwaan yang disiarkan dalam akhbar harian berbahasa Cina, dan portal berita, serta dalam risalah yang diedarkan oleh Chong dan DAP.

Pada 28 April, 2014, Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan bahawa kerajaan negeri dan pihak berkuasa kewangan negeri tidak dibenarkan di bawah common law untuk menyaman Chong kerana fitnah walaupun kata-kata yang diucapkannya berbaur fitnah.

Mahkamah membatalkan saman terhadap Chong.

Pada 7 Apri, 2016, melalui keputusan majoriti, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, selepas memutuskan bahawa kerajaan mempunyai hak untuk memfailkan saman kerana fitnah di bawah Seksyen 3 Prosiding Kerajaan 1956 dan bahawa common law yang melarang kerajaan daripada mengambil tindakan sedemikian, tidak terpakai bagi Malaysia.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN 0 5437

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN

SIBU: Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada 26 September lalu, beliau berkata pilihan raya itu masih boleh diadakan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.

“COVID-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand.

“Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat,” katanya.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah untuk Pakej A: Pembinaan dan Penyiapan Cadangan Jalan Sungai Bidut/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil di Bawang Assan hari ini.

“Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan,” katanya dan menambah beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Beliau mengulangi bahawa sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun tahun hadapan DUN akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan.

“Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya terletak kepada ketua menteri,” tambahnya.

Mengenai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di Bawang Assan pada pilihan raya negeri nanti, Masing berkata ia bergantung kepada calon yang ditentukan oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan disokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

Masing berkata siapa pun calon, pengundi harus memberi sokongan penuh terhadap perubahan yang akan dilakukan di kawasan itu selepas mereka dipinggirkan begitu lama dari segi pembangunan infrastruktur.

Untuk GPS, kerusi Bawang Assan secara tradisionalnya diperuntukkan kepada SUPP dan penyandangnya kini adalah Presiden Parti Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang dilaporkan akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang.

Wong yang memenangi kerusi itu apabila bertanding buat pertama kali sebagai calon SUPP pada pilihan raya negeri 1996, tidak pernah kalah dan menang sekali lagi pada 2016 walaupun beliau meninggalkan SUPP kerana masalah dalaman dan membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP), sebuah parti mesra Barisan Nasional.

Sementara itu, mengenai projek jalan raya 21.7 kilometer (km) bernilai lebih RM104.5 juta, Masing berkata apabila siap pada November tahun hadapan, ia akan menghubungkan Kampung Tutus, Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil ke bandar Sibu.

Beliau berkata Pakej B projek itu akan membabitkan pembinaan jalan raya sepanjang 16 km dengan kos RM200 juta menghubungkan kawasan berkenaan dengan Jambatan Igan sejauh 1.38 km yang sedang dibina di Igan, Mukah bernilai RM285 juta. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news

Beri peluang PM selesai krisis pandemik 0 5413

Beri peluang PM selesai krisis pandemik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi masa untuk menyelesaikan krisis pandemik COVID-19 yang ketika ini melanda negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain krisis pandemik, negara ketika ini turut diuji dengan isu ekonomi, sekali gus menuntut semua pihak mengenepikan masalah kecil dan kembali kepada penyatuan serta perpaduan, selain muafakat dan kerjasama.

“Tak payahlah kita fikir pengganti buat masa ini…kita muafakat, bantu kerajaan. Bila COVID-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah (mandat) pada rakyat.

“USA (Amerika Syarikat) lagi banyak kes COVID-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang PM (Perdana Menteri) selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM serah pada rakyat,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang layak untuk menggantikan Muhyiddin.

Menerusi satu lagi ciapan, Annuar menegur kenyataan dibuat Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang menuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menentang semangat setiakawan.

“Adalah baik sekiranya kita semua mengurangkan selar-menyelar secara terbuka kerana ia tak banyak membantu. Mari kita harmonikan situasi dan pandang ke hadapan. Sesiapa yang lebih ramai kawan akan menang ke atas mereka yang mencipta permusuhan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Operasi Sanitasi Awam, di Presint 4, di sini, hari ini, Annuar mengulangi kenyataan sama dengan menuntut semua pihak mengutamakan kerjasama dan penyatuan..

“Kepada parti politik termasuk parti saya sendiri dan kawan-kawan serta saya sendiri, saya fikir kita kena utamakan kerjasama dan penyatuan.

“Kalau kita dah stabil (krisis COVID-19) seperti itu dan kalau nampak keadaan (politik) masih tidak stabil kerana masing-masing pihak ada majoriti tipis, kita adakah pilihan raya umum.

“Kita bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin adakan pilihan raya secara maya. Apabila berlaku ketidakstabilan akan ada pihak merasakan mereka boleh menjadi perdana menteri,” katanya. – Berita Harian

Spread the news