City One Megamall dibuka kembali hari ini 0 6038

KUCHING: Kompleks beli-belah CityOne Megamall yang terbabit insiden letupan gas pada Selasa, kembali beroperasi hari ini selepas diberi kebenaran berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Menurut pemajunya Kenbest Sdn Bhd, kebenaran beroperasi semula itu diberikan kepada Blok C dan D yang menempatkan Mall dan Mall 2.

“Perunding kejuruteraan struktur telah mengesahkan letupan itu tidak menjejaskan integriti struktur bangunan,” demikian menurut Pengarah Kenbest, Stephen Long Tine Chung dalam kenyataan hari ini.

Katanya Blok A dan B kompleks itu pula dijangka dibuka semula selewat-lewatnya Rabu ini. “Pengunjung juga akan menikmati kemudahan tempat letak kenderaan percuma sehingga diberitahu kelak,” katanya.

Dalam kejadian itu yang dipercayai disebabkan kebocoran gas di outlet NeNeChicken, tiga lelaki dikenal pasti sebagai O Kui Lim, 49 dan Tchee Kiam Jong, 24, masing-masing dari sini, serta Chin HsienLong, 29 dari Pulau Pinang maut selepas tertimbus di bawah runtuhan.Kejadian turut menyebabkan 41 lagi cedera. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13914

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news