Kuching: Dua lelaki nyaris maut apabila kereta yangdinaiki oleh mereka hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan di Jalan BDC sekitar jam 9 malam tadi.
Susulan daripada kemalangan menyebabkan kereta yang mereka naiki terbakar. Bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut selamat apabila berjaya keluar daripada kereta.
Setakat ini difahamkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan telah pun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya – Kamek Miak Sarawak