Edar pil khayal di gerai, peniaga kena cekup 0 6112

SIBU: Polis memberkas seorang peniaga yang disyaki mengedar pil nospan di gerainya di Jalan Pasar, Mukah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sibu, DSP Jimmy Panyau berkata, lelaki berumur 21 tahun tersebut ditahan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar pukul 3.30 petang.

“Pemeriksaan yang dilakukan pihak polis mendapati beg silang yang dibawa suspek mengandungi 18 peket plastik lutsinar yang mana setiap peket berisi lapan biji pil warna putih disyaki pil nospan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, suspek yang merupakan seorang peniaga di salah sebuah gerai di situ.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek mengaku mengedar pil nospan secara kecil-kecilan di Mukah.

Jimmy berkata, suspek juga mengaku memperolehi bekalan pil tersebut daripada pengedar tempatan.

Katanya, suspek dan barang kes dibawa ke Balai Polis Mukah untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau berkata suspek akan ditahan reman hari ini.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” tambah beliau.

Dalam kes yang berasingan, katanya, pihaknya masih menunggu perintah dari Kementerian Dalam Negeri untuk menahan seorang suspek lelaki berumur 35 tahun selama 60 hari di lokap IPD Mukah.

Katanya, suspek ditahan dibawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 27 Jun lalu.

Jimmy berkata, pihaknya memandang serius permasalahan dadah di Bahagian Mukah dan akan membanteras kegiatan tersebut secara berterusan.

“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah di daerah ini agar ia dapat ditangani secara serius dan lebih berkesan,” tambah beliau. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news