Gara-gara putus cinta, lelaki kelar tangan sendiri di Padungan 0 8036

KUCHING: Hanya kerana putus cinta, seorang pemuda sanggup mengelar tangan kiri menggunakan pisau di sebuah flat, Jalan Ban Hock, Padungan di sini, malam tadi.

Namun, tindakan pemuda berusia 35 tahun yang bekerja di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini digagalkan hasil tindakan pantas pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Ismail Mahmood yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 9.45 malam semalam dari BBP Padungan berhubung seorang lelaki cuba membunuh diri.

“Pada pukul 2.10 pagi hari ini, polis membuat tangkapan ke atas lelaki terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati punca cinta dengan bekas teman wanita suspek memutuskan hubungan dengan suspek sejak seminggu yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail mendedahkan, suspek dan bekas teman wanitanya menjadi pasangan kekasih sejak dua tahun lalu.

“Suspek berjumpa dengan bekas teman wanita di flat berkenaan untuk rujuk semula tetapi tidak dilayan oleh bekas teman wanita.

“Suspek kemudiannya mengambil pisau pemotong bawang dan terus menggelar tangan kirinya sebanyak empat kali,” jelasnya.

Tambahnya, akibat perbuatan suspek itu, dia mengalami luka sepanjang tiga inci di tangan kirinya.

Ekoran insiden itu, kata Ismail lagi, bekas teman wanita suspek terus menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, tindakan awal polis turut pergi ke tempat kejadian dan mengambil keterangan daripada pengadu.

Selain itu, beliau memberitahu, suspek ditangkap dan diambil keterangan.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba menerusi satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan cuba membunuh diri dengan mengelar tangan.

“Lelaki yang cedera di tangan itu diberi rawatan awal oleh unit EMRS selepas kita menerima laporan pada pukul 9.38 malam tadi.

“Kemudian, mangsa diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata bomba.

Operasi itu dilaksanakan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dengan kekuatan lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Patrick Maong. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13123

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news