Miri: Gempar di Miri sekitar jam 7.30 pagi tadi apabila seorang lelaki ditemui terlentang ditengah jalan di Jalan Krokop 10, di Miri.
Menurut info awal mangsa berusia lingkungan 20-an itu ditemui dalam keadaan lemah selain mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.
Sebelum ditemui oleh pengguna jalanraya nangsa dikatakan menunggang sebuah motosikal dan motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas.
Setakat ini mangsa telah dihantar ke Hospital oleh APM untuk menerima rawatan selanjutnya. – Kamek Miak Sarawak