Geng paling berbahaya di New Zealand kutuk Brenton Tarrant 0 6554

CHRISTCHURCH – NEW ZEALAND . Geng bermotosikal paling berbahaya di New Zealand, Mongrel Mob mengecam tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang menyasarkan jemaah masjid di Christchurh pada Jumaat lalu.

Kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.

Seorang ahli kumpulan itu, Tanieli Fatu berkata, tindakan Tarrant adalah paling bacul dan tidak menghormati rumah ibadat.

Katanya, apa yang dilakukan Tarrant tidak boleh diterima sama sekali dan jenayah dilakukan warga Australia itu amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian.

“Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu melakukannya.

Difahamkan, Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat, tiada bantuan lain boleh mendekatinya dengan mudah.

Namun, sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara, kata salah seorang ahli geng tersebut. – Dailystar

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news