Harga petrol RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal 0 5840

HARGA runcit petrol RON97 turun 3 sen seliter kepada RM2.56 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 November.

Harga baru itu berkuat kuasa tengah malam ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata harga bahan api itu ditetapkan berdasarkan penetapan harga runcit secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Menurutnya, berdasarkan pengiraan formula tersebut, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah RM2.26 seliter dan RM2.33 seliter masing-masing.

powered by Rubicon Project
“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.29 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.29 seliter,” katanya.

Bagaimanapun kementerian itu berkata, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 2 hingga 8 November 2019 adalah berjumlah RM86.2 juta,” katanya – Mystar

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13070

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news