Idris Buang: Laporan polis dibuat terhadap Fadillah sia-sia 0 6352

Saya telah melihat dan mengkaji video berkenaan dgn ucapan YB DS Fadillah ini semasa di PVCC, Kuching, apakala beliau memberi taklimat dengan para perwakilan Parlimen Santubong tiga hari lepas.

Saya dapati TIADA apa-apa yang salah dalam kata-kata beliau, dari segi undang-undang Sedition atau seumpamanya. Laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak dari parti PH adalah sia-sia sahaja.

Kata-kata YB Fadillah adalah tertakluk dalam lingkungan prinsip pembelaan “Komen yang adil & Munasabah” ( within the sphere of the defence of Fair Comment & reasonableness).

Mohon dengar baik-baik dalam konteks apa ia dibuat. Harus dipastikan YB Fadillah menyuarakan sesuatu hipotesis dalam konteks JIKALAU… agar perwakilan berfikir mendalam…memandangkan dah banyak hak-hak Sarawak dibawah MA63 & Laporan IGC jika dikajikan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.

Beliau juga mengingatkan MA63 tidak diberi pengiktirafan sewajarnya. Maka dalam konteks inilah, YB Fadillah hanya menyuruh perwakilan membayangkan “jika…” yang membawa maksud jikalau PH berkuasa dalam DUN, mereka “berkuasa” & “boleh buat…” banyak perkara termasuklah bermaksud “menggubal itu dan ini”.

Terpulanglah kepada perwakilan atau sesiapa sahaja yang mempunyai fikiran waras menimbang sendiri dengan bebas & bijaksasana hipotesis dalam konteks tersebut … untuk membayangkan samada boleh atau tidak, mungkin atau tidak, dengan polisi, tindak-tanduk yang tidak menentu atau “enigmatic”.

Apa jua undang-undang Sarawak yang mempunyai hak-hak Sarawak seperti dimaksudkan dalam MA63 dan Laporan IGC boleh diketepikan, diubah atau dimansuh , dikaburkan atau dilonggarkan, SELAGI MA63 tidak diiktirafkan dalam Perlembagaan?

Itulah persoalan yang ditimbul dalam konteks yang diutarakan. Persis & pasti apa yang dimaksudkan YB DS Fadillah itu adalah hipotesis & persoalan agar perwakilan berfikir dengan waras & bebas serta membayangkan sendiri jika GPS hilang kuasa di DUN, kemungkinan itu & ini boleh berlaku berdasarkan juga ucapan MB Kedah, misalnya, di Parlimen, MB Kedah, semasa membahaskan Usul RUU Pindaan Perlembagaan oleh PH, TANPA dibantah, tanpa dicelah , tanpa disoal, telah mempersoalkan HAK AUTONOMI IMIGRESEN SARAWAK! Maka dalam mengambil kira ucapan ini, kata-kata YB Fadillah adalah FAIR COMMENT & MUNASABAH secara fakta hakiki yang kukuh.

Yang anggota-anggota PH buat laporan tanpa menghalusi dan mempertimbangkan fakta ini lalu tergesa-gesa buat laporan polis macam cacing kepanasan ni kenapa?

Dato’Idris Buang
Ketua Penerangan
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Sarawak

-SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news