Impian miliki rumah akhirnya tercapai 0 6298

KOTA SAMARAHAN: Impian sepasang suami isteri muda untuk memiliki rumah sendiri setelah empat tahun menumpang teduh di rumah keluarga akhirnya tercapai selepas permohonan mendapatkan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Samarahan Dua Tanjung Tuang diluluskan.

Satish Toulsimani berusia 27 tahun, antara 20 daripada 180 pemilik rumah PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang yang terpilih hadir pada majlis simbolik penyerahan kunci rumah tersebut yang disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di Surau PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang dekat sini semalam.

SATISH
SATISH

Satish memberitahu, sejak berkahwin empat tahun lalu, dia dan isteri bersama dua anak lelaki mereka, masing-masing berusia lima bulan dan tiga tahun tinggal bersama di rumah keluarganya di Kampung Gita, Kuching.

“Rumah keluarga saya ini kecil sahaja, hanya ada dua bilik tidur, jadi saya dan isteri serta anak-anak berkongsi tidur dalam satu bilik, memang agak sempit.

“Bilik lagi satu untuk ibu dan bapa saya, manakala dua adik beradik lain terpaksa tidur di ruang tamu,” kata pengawal keselamatan syarikat penerbangan itu ketika ditemui di sini, semalam.

Justeru, dia amat teruja apabila dimaklumkan permohonan membeli rumah PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang diluluskan.

“Rezeki kami sekeluarga… Ini rumah pertama kami, perasaan sangat gembira dan teruja untuk tinggal di rumah sendiri yang merupakan keinginan kebanyakan pasangan yang telah berkahwin,” jelasnya.

Tambahnya, dengan adanya rumah sendiri, ia memberi suasana kediaman yang lebih selesa terutamanya dalam usaha dia dan isteri membesarkan dua cahaya mata mereka.

“Rumah PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang ini amat strategik lokasinya dan tidak jauh dari tempat saya bekerja,” katanya.

Malah, Satish turut memuji reka bentuk luar dan dalaman rumah tersebut yang agak luas dengan mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi, ruang tamu, dapur serta tempat parkir kereta.

Sementara itu, seorang lagi pemilik PPR Samarahan Dua Tanjung Tuang, Azahari Masri, 39, turut melahirkan rasa syukur kerana permohonannya untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai.

“Sudah 10 tahun menyewa rumah selepas berkahwin, alhamdulillah syukur nikmat kerana hajat untuk memiliki dan tinggal di rumah sendiri bersama isteri akhirnya tercapai juga,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news