Intai, hendap perlu diklasifikasi sebagai jenayah- Liew 0 5854

PUTRAJAYA: Perbuatan mengintai atau menghendap perlu diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana ia boleh mengundang perasaan terancam dan tidak selamat kepada mangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata kerajaan akan melihat perkara itu dengan lebih serius termasuk mewujudkan satu undang-undang baharu bagi menangani gejala tersebut selepas mendapat maklum balas dari pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan dan orang awam.

“Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang mangsa itu mengalami gangguan emosi dan mengganggu rutin kehidupan mereka, di samping boleh menjejaskan aktiviti harian termasuk pekerjaan dan tanggungjawab kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Liew juga berkata demikian dalam temu bual bersama wakil media dari Thomson Reuters Foundation pada Selasa lepas.

Menurut Liew, beberapa negara luar telah lama melaksanakan Undang-Undang Menghendap Seseorang dan tindakan diambil segera apabila laporan dibuat kepada pihak berkuasa, selain mengenakan hukuman terhadap pesalah jika sabit kesalahan.

Ketika ini, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan perbuatan mengintai atau menghendap memandangkan ia sukar untuk dibuktikan kecuali jika perbuatan berkenaan telah mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

“Jenayah moden ini boleh bermula hanya dengan gangguan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), media sosial, panggilan telefon dan juga emel,” katanya.

Liew berkata jenayah itu juga boleh merebak kepada mengekori dan seterusnya menimbulkan rasa takut dan terancam kepada mangsa. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13123

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news