SAN FRANCISCO: Apple akan menghasilkan iPhone terbarunya menggunakan nadir bumi kitar semula sebagai sebahagian daripada inisiatif penjagaan alam sekitar selain mempunyai implikasi geopolitik.
Ia adalah sebahagian daripada tindakan kemampanan Apple dalam insiatif sebelum ini termasuk janji menjadi 100 peratus pengguna karbon neutral dalam semua aspek perniagaannya.
Ketua Dasar Alam Sekitar Apple, Lisa Jackson ketika memperkenalkan iPhone 12 dalam talian buat kali pertama, Apple menggunakan unsur 100 peratus bahan kitar di semua magnet termasuk kamera, haptik dan MagSafe (penyambung).
Keputusan itu adalah atas kesedaran mengenai pembaziran berbilion telefon pintar apabila pengguna menaik taraf ke model baharu selain ketegangan politik terhadap bahan kitar semula yang diperlukan untuk elektronik.
Dalam pada itu, aktivis turut menyatakan kebimbangan mengenai kesan alam sekitar hasil aktiviti perlombongan, yang mana beberapa bahan digunakan dikeluarkan dari negara menindas pekerja dan melanggar hak asasi manusia.
Dalam ketegangan perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini, negara ‘Tembok Besar’ itu mengugut untuk menghentikan bekalan beberapa elemen penting hingga menimbulkan bimbang kekurangan bekalan.
Menurut Kajian Geologi AS, China mempunyai simpanan bahan semula jadi terbesar di dunia sebanyak 44 juta tan, manakala Vietnam dan Brazil masing-masing mempunyai 22 juta tan.
Dalam pada itu, AS juga mengalami kesukaran mendapatkan bahan diperlukan dan terpaksa menutup satu-satunya lombong AS, di Mountain Pass, California.
Apple juga mengatakan telefon baharu itu tidak didatangkan bersama ‘earbud’ atau ‘pengecas’ kerana kebanyakan pelanggan sudah memilikinya sekali gus menjadikan kotak lebih ringan untuk dihantar.
Apple berjanji untuk menggunakan karbon semula jadi pada seluruh perniagaannya, termasuk rantaian bekalan pembuatannya dan menjelang tahun 2030 berupaya menangani isu perubahan iklim. – Berita Harian