Isu gaji minimum RM1,050 akan dibawa ke Kabinet 0 7514

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan membawa isu kenaikan gaji minimum RM1,050 sebulan yang dibantah sesetengah pihak kerana didakwa terlalu rendah, untuk dibincangkan di mesyuarat Kabinet.

Menterinya M. Kula Segaran (gambar) berkata beliau berharap dapat membawa isu itu ke Kabinet pada minggu hadapan.

“Beberapa faktor tertentu membawa kepada keputusan penetapan gaji minimum pada kadar RM1,050 oleh kabinet sebelum ini, namun kebanyakan golongan yang terkesan merasakan kenaikan gaji minimum itu terlalu rendah,”katanya selepas mengadakan perbincangan bersama wakil beberapa pertubuhan yang mengadakan bantahan di luar bangunan Parlimen hari ini.

Bantahan lebih 100 individu yang diketuaiSetiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon serta beberapa badan bukan kerajaan lainbertujuan menuntut kerajaan menilai kembali pelaksanaan kenaikan gaji selaras dengan keperluan semasa.

Pejabat Perdana Menteri pada 5 September lepas mengumumkan pelarasan gaji minimum pada kadar RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam yang akan dilaksanakan di seluruh negarabermula 1 Januari tahun hadapan.

Kumpulan yang menggelarkan mereka ‘Gabungan Bantah 1050’ itu berhimpun sejak pukul 10.20 pagi dan berarak ke pintu masuk Parlimen sambil melaungkan slogan agar kadar gaji dinaikkan.

Kula Segaran yang keluar menemui kumpulan berkenaan mengajak seramai 20 orang wakil masuk ke kawasan Parlimen bagi mengadakan perbincangansebelum kumpulan itu bersurai kira-kira pukul 12.30 tengah hari. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news