Jambatan Atas Laut Terpanjang Di Dunia Akhirnya Dibuka 0 6828

ZHUHAI: Jambatan laut terpanjang di dunia yang menghubungkan Hong Kong, Macau dan tanah besar China akan dilancarkan hari ini ketika Beijing berusaha untuk mengetatkan cengkamannya ke atas wilayah semi-autonomi China itu.

Presidennya, Xi Jinping dijangka merasmikan upacara bersejarah itu di bandar utama Zhuhai, pagi ini, tetapi maklumat terperinci mengenai majlis itu masih dirahsiakan.

Jambatan sepanjang 55 kilometer dilengkapi jambatan jalan raya dan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau Lantau ke Zhuhai dan kawasan perjudian Macau, merentasi perairan Pearl River Estuary.

Difahamkan ia adalah projek infrastruktur utama kedua terbesar yang menghubungkan Hong Kong ke tanah besar China yang bakal beroperasi, selepas pembukaan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi hujung bulan lalu.

Pengkritik berkata jambatan bernilai berbilion bilion dolar itu adalah satu cara untuk mengintegrasikan Hong Kong kepada China.

Jambatan mega itu akan dibuka kepada kenderaan awam esok, sehari selepas majlis perasmiannya.

Pembinaan yang bermula pada 2009 itu berdepan beberapa masalah seperti kelewatan, perbelanjaan berlebihan, tuduhan rasuah dan kematian pekerja pembinaan. – AFP.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13123

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news