Janji SST turunkan harga barang tak tercapai – Najib 0 6831

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak terus menempelak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bekas Perdana Menteri itu, secara sinis berkata, berbeza dengan jaminan diberikan pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) bahawa SST akan menurunkan harga barang, hakikatnya, kata beliau, sejak dilaksanakan mulai 1 September lalu, 51 item barang mengalami kenaikan harga.

Katanya, ia jelas berdasarkan laporan media dua hari lalu berhubung pemantauan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terhadap 384 barang dan perkhidmatan.

“Daripada 384 item ini, KPDNHEP mendapati 51 item naik harga antara lima dan 10 peratus, 29 item mengalami penurunan harga antara empat hingga enam peratus, manakala harga 304 item yang lain tidak berubah berbanding semasa pelaksanaan GST.

“Nampaknya jaminan pemimpin DAP dan PH sebelum ini bahawa SST akan mengurangkan harga barang tidak tercapai,” katanya dalam catatan terbaru di Facebook rasminya hari ini.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan, turut meramalkan kadar inflasi pada September mungkin mengalami kenaikan berbanding bulan sebelumnya.

Katanya, pengenalan GST sebaliknya memberi banyak manfaat seperti menghapuskan pengelakkan cukai, rakyat mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia dan pelbagai bantuan selain penjawat awam menerima kenaikan gaji dan bonus.

“Dengan SST yang dihantam oleh menteri hantam sahaja, rakyat mendapat janji-janji yang ‘dicapatikan’ dan 51 lagi item yang naik harga.

“Namun, peluang untuk mengurangkan cukai korporat dan peribadi untuk menarik pelaburan tak dapat dilaksanakan, malah cukai baru yang lain dijangka akan dikenakan untuk menampung kekurangan hasil kerajaan,” katanya.

BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news